Tiada Gempa Bumi, Tsunami Landa Pahang – METMalaysia - pakdin.my

gempa pahang

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Rabu menegaskan tiada kejadian gempa bumi dan tsunami akan melanda Pahang dalam tempoh 36 jam.

Dalam kenyataannya pada Rabu, jabatan tersebut menafikan khabar angin mengenai perkara itu yang tersebar di media sosial, baru-baru ini.

“Khabar angin mengenai kejadian gempa bumi dan tsunami yang akan melanda Pahang dalam tempoh masa 36 jam seperti yang tersebar di media sosial adalah tidak benar sama sekali,” menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan tersebut pada Rabu.

Sehubungan itu, METMalaysia menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat atau amara yang disebarkan melalui media sosial.

Sebarang pengesahan maklumat boleh merujuk laman sesawang laman sesawang http://www.met.gov.my atau mobile web rasmi m.met.gov.my, facebook https://www.facebook.com/malaysiamet, twitter https://twitter.com/malaysianmet atau hotline MetMalaysia di talian 1300 22 1MET (1638).

UTAMATiada Gempa Bumi, Tsunami Landa Pahang - METMalaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium