Tiada GST Ke Atas Amaun Tambah Nilai Touch 'n Go - pakdin.my

touch n go tiada gst

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dikenakan terhadap amaun tambah nilai Touch ‘n Go.

Touch ‘n Go Malaysia dalam satu kenyataan pada Rabu berkata GST enam peratus bagaimanapun akan dikenakan ke atas caj perkhidmatan tambah nilai oleh ejen-ejen Touch ‘n Go tertentu.

“Kami ingin memaklumkan bahawa GST tidak dikenakan ke atas amaun tambah nilai.

“Walau bagaimanapun, GST dikenakan ke atas RM0.50 caj perkhidmatan tambah nilai oleh ejen seperti peniaga runcit, stesen minyak atau pihak bank yang terlibat (untuk tambah nilai automatik kad Zing & tambah nilai di ATM & CDM),” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu muncul selepas gambar sekeping notis yang menyatakan bahawa GST akan dikenakan terhadap tambah nilai Touch ‘n Go telah menjadi viral di internet pada Rabu.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa tambah nilai tanpa caj boleh dibuat di Hab Touch ‘n Go, Touch ‘n Go SPOT, lorong tambah nilai di plaza tol, semua stor Tesco Malaysia, semua kedai serbaneka di Watsons Malaysia, KK Super Mart, Guardian Malaysia, stesen minyak Petronas terpilih, Kiosk Layan Diri (SSK), ATM dan CDM (CIMB sahaja).

Tempat lain yang akan dikenakan caj adalah di seluruh 7-Eleven Malaysia di Semenanjung Malaysia, semua Pasaraya Besar Giant Malaysia dan Mydin Mohamed Holdings Bhd, semua myNEWS.com, kedai 99 Speedmart terpilih, stesen minyak (BHP, Caltex, Petron, Petronas dan Shell), ATM dan CDM (Ambank, Bank Muamalat, Maybank dan RHB) serta peniaga runcit atau ejen yang sah.

Sementara itu perunding khidmat pelanggan Touch ‘n Go careline, Azry Hashim ketika dihubungi mStar Online berkata beliau telah menerima beberapa panggilan daripada pengguna yang meminta penjelasan berhubung perkara ini pada Rabu.

Katanya, ramai yang keliru dengan perkara ini dan beliau telah memberikan penerangan mengenainya.

“Sebelum ini, di tempat tertentu, ejen kita telah mengenakan upah tambah nilai sebanyak RM0.50 tidak kiralah berapa amaun tambah nilai pelanggan.
“Saya terangkan kepada mereka bermula 1 Januari depan GST enam peratus akan dikenakan terhadap caj tersebut di mana pelanggan perlu membayar sebanyak RM0.53,” katanya.

Ekoran gambar yang tersebar, ramai netizen menyatakan rasa tidak puas hati jika ia dilaksanakan dengan menyatakan rakyat sudah terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

UTAMATiada GST Ke Atas Amaun Tambah Nilai Touch 'n Go

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium