24.4 C
Kuala Lumpur
Friday, January 22, 2021

Tiada Had Umur, Asalkan Calon Boleh Menang – PM

Tiada had umur, asalkan calon boleh menang.

Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, mengenai kriteria pemilihan calon oleh Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Apa yang penting bagi Datuk Seri Najib, individu yang terpilih sebagai calon, adalah yang terbaik buat Barisan Nasional.

Datuk Seri Najib turut mengakui pilihan raya umum akan datang adalah yang paling sengit pernah dihadapi Barisan Nasional.

Tiada had umur asalkan calon boleh menang: Najib

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya pada pilihan raya umum ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang, kata Datuk Seri Najib Razak.
Sambil mengakui pilihan raya umum akan datang sebagai sengit, Perdana
Menteri berkata apa yang penting ialah individu berkenaan adalah calon terbaik

untuk Barisan Nasional (BN). “Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua,tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat.

Kesimpulannya, calon boleh menang.
“Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika
orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab
kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti,” katanya
ketika menyampaikan amanat pada majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat
Malaysia (Mubarak) di Seri Perdana di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden Mubarak, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman dan Ketua Penerangan Mubarak yang juga Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.