25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Viral Palsu: Tiada Insiden Tembak Menembak Berlaku Di Manir

MAKLUMAT yang disebar di laman sosial. FOTO Nazdy Harun

Kuala Nerus  – “Tiada insiden berbalas tembakan yang berlaku di Kampung Jeram, Manir malam tadi seperti yang diuar-uarkan menerusi laman sosial”, tegas Ketua Polis Terengganu, Dato’ Rosli Ab Rahman.

Beliau berkata sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

“Kes berbalas tembakan adalah tidak benar dan itu tidak berlaku di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian watikah pelantikan kepada 249 pemimpin pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abas, di sini hari ini.

Polis meminta mereka yang tidak bertanggungjawab ini berhenti daripada menyebarkan berita tidak berasas dan tidak tepat ini sehingga menimbulkan kekeliruan dan ketakutan orang ramai, katanya.

Laporan disebarkan di laman sosial menyatakan terdapat kejadian tembak menembak berhubung kes dadah dan pecah kereta di tepi Masjid Jeram, Manir, di sini.

Sementara itu, mengenai isu lori bauksit yang didakwa menyebabkan pencemaran, Rosli berkata polis akan meningkatkan penguatkuasaan dan rondaan di beberapa laluan yang sering digunakan kenderaan berat itu.

Katanya, pihak polis juga bekerjasama dengan agensi yang lain bagi membuat pemantauan terutama di daerah Kemaman yang menjadi laluan utama kenderaan berat itu.

“Jika kita mengesan mereka melakukan kesalahan jalan raya seperti membawa muatan lebih dan sebagainya tindakan saman akan dikenakan,” katanya.

Namun katanya jika pemandu lori melakukan kesalahan yang bukan di bawah bidang kuasa polis, pihaknya akan menyerahkan kes terbabit kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta Jabatan Alam Sekitar(JAS).

Difahamkan lori yang membawa muatan bauksit itu turut menggunakan laluan susur masuk Plaza Tol Kijal di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT 2) di sini sebagai jalan pintas ke Pelabuhan Kemaman bagi menghantar bauksit tersebut.

Rosli berkata penguatkuasaan dan rondaan juga telah diperluaskan pada waktu malam bagi menggelakkan mereka mengambil kesempatan pada waktu tersebut.

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan