Tiada janji Anwar jadi PM lepas dua tahun, anak Mahathir pula bersuara

Tiada persetujuan proses peralihan kuasa Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh dua tahun, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menteri besar Kedah berkata Majlis Presiden Pakatan Harapan maklum perjanjian itu namun penyerahan jawatan perdana menteri dalam tempoh itu tidak pernah dipersetujui, lapor Nikkei Asian Review.

“Tiada perjanjian bahawa peralihan kuasa itu perlu berlaku dalam dua tahun. Mungkin ada cadangan seperti itu tetapi tiada dinyatakan atas kertas atau perjanjian lisan,” katanya.

Mukhriz mengakui rakan komponen berkongsi konsensus bahawa Dr Mahathir perlu diberi masa memulihkan kedudukan ekonomi dan kewangan Malaysia sebelum peralihan dibuat.

“Beliau perlu diberi masa yang cukup untuk melakukan apa yang beliau mahu. Walaupun sedar akan usianya, beliau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memperlahankan kerja,” katanya.

https://pakdin.my/perdana-menteri

Loading...

26 COMMENTS

  1. Hahahahaha bertelagah sesama sendiri.tu pasal tun m nak org2 melayu dlam umno ni join ppbm sbb tak nak lepas kan jawatan pm kat anuar.silap2 belom sampai pru 15 org2 pH ni dah bercerai berai.biar kan ppbm terkubur.

  2. Malaysia ini keturunan “M” yang punya. Kalau nak jadi PM Anwar kena keluar PH challenge Anak mahathir bila mahathir tiada. Anwar tiada sokongan jadi serangan pada Azmin adalah sia sia

  3. Bersusah payah bro non tanding Di pd… Sanggup korban kan rakan n perabih duit rakyat.. Apa kata rakyat pd… Tertunai ke janji… Kalau ada buaya di pti pd tu baik terjon rmi2…

Comments are closed.