Tiada kecederaan, pergelutan pada mayat remaja perempuan - pakdin.my

ALOR SETAR: Polis masih menunggu laporan dari Jabatan Kimia untuk mengesahkan punca sebenar kematian seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang ditemukan di kawasan kebun getah, Pokok Pauh Dalam, Mukim Lesong, Pokok Sena, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, bedah siasat terhadap mayat mangsa dilakukan hampir tiga jam bermula jam 9.45 pagi hingga 12 tengah hari.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan luaran dan dalaman mendapati, tiada kecederaan luaran dan dalaman akibat perbuatan jenayah.

“Selain itu tiada kesan pergelutan atau mempertahankan diri dikesan berdasarkan pada mayat berkenaan.

“Bagaimanapun, kita masih menunggu laporan dari Jabatan Kimia untuk mengesahkan punca sebenar kematian mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan seorang remaja perempuan ditemukan mati dipercayai dibunuh dalam kawasan kebun getah, Pokok Pauh Dalam, Mukim Lesong, Pokok Sena, dekat sini, Selasa lalu.

Mayat disahkan sebagai Ooi Phei Xuan berusia 17 tahun yang menetap di Pekan Air Hitam, Jitra.

Pengecaman mayat dilakukan ibu mangsa HSB, kelmarin berdasarkan bentuk tubuh badan, rupa serta rambut si mati.

Terdapat kesan kecederaan pada mangsa iaitu lubang di bahagian paha hadapan kanan mangsa yang berukuran 1.5 sentimeter.

Berikutan itu, sembilan individu berusia antara 13 hingga 33 tahun ditahan Rabu lalu untuk membantu siasatan dan kesemua mereka mengaku bersama mangsa dalam parti persendirian pada malam Ahad hingga pagi Isnin.

Berikutan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman selama enam hari sehingga 18 Mei untuk membantu siasatan.

Berita sebelumnya:
“Remaja perempuan dipercayai dibunuh”
https://pakdin.my/remaja-perempuan-dipercayai-dibunuh/

UTAMABERITATiada kecederaan, pergelutan pada mayat remaja perempuan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium