Tiada kenaikan baharu tarif eletrik - pakdin.my

tnb-tiada-kenaikan-tarif-baru

Jika ada yang bimbang berlaku kenaikan tarif eletrik kerana mungkin tersalah faham kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu, hari ini kerajaan menegaskan tiada perbincangan bagi tujuan itu.

Sebenarnya, kenyataan Perdana Menteri berhubung justifikasi kerajaan membenarkan kenaikan tariff elektrik, tidak bermaksud akan ada kenaikan baru, kata Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Timbalan Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu berkata, kenyataan Najib sewaktu berucap pada majlis Perhimpunan Warga Kerja TNB bersama Perdana Menteri, merujuk kepada kenaikan bermula Januari tahun ini.

“Sewaktu berucap, Perdana Menteri merujuk pada (kenaikan pada) 1 Januari 2014, iaitu sesuatu yang telah pun berlaku. Dan beliau (Najib) dalam ucapan itu, turut menjelaskan kenapa tarif itu terpaksa dinaikkan.

“Buat masa kini, tiada perbincangan mengenai perancangan untuk menaikkan lagi tariff pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengagihan Elektrik Asia Tenggara di ibu negara, Selasa.

Kenaikan tarif elektrik pada awal tahun ini dilakukan supaya kerajaan tidak perlu mensubsidi operasi TNB dengan dana awam.
Menurut Najib, kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana 85 peratus kos TNB terdiri daripada kos bahan api dan harganya semakin meningkat.

UTAMAPOLITIKTiada kenaikan baharu tarif eletrik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium