Tiada Kenaikan Elaun Guru KAFA, Arak Bebas Dijual Di Selangor – Exco - pakdin.my

selangor-exco

Kelewatan kenaikan elaun RM200 kepada guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) disebabkan perkara itu masih dalam kajian, kata Exco kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata pihaknya sedang mengkaji kesesuaian penambahan peruntukan berkenaan yang dibuat semasa pilihan raya umum (PRU) 2013.

Pada PRU ke-13, kerajaan gabungan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam manifesto mereka berjanji untuk menaikkan elaun guru KAFA di Selangor daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

“Kelewatan kenaikan elaun kepada 6,742 guru KAFA di negeri ini disebabkan kerajaan negeri perlu membuat justifikasi berkaitan bagi penambahan peruntukan berkenaan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Dr Ahmad Yunus (PAS-Sijangkang) berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Mat Shuhaimi Shafiei (PKR-Seri Muda) yang ingin tahu berhubung perkembangan Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Rendah Agama Integrasi di negeri ini.

” Bagi perkara tersebut, kerajaan negeri perlu menyediakan peruntukan RM18 juta untuk menaikkan elaun sebanyak RM200 bagi seorang guru KAFA dan setakat ini, kita tiada masalah untuk tujuan berkenaan,” katanya.

Semalam, seorang guru KAFA Selangor hadir di DUN untuk menuntut kerajaan negeri melunaskan janji pilihan raya umumnya dua tahun lepas iaitu menaikkan kadar elaun perkhidmatan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata tiada sebarang dasar yang melarang mana-mana umat Islam di negeri ini terlibat dalam aktiviti penjualan arak di premis perniagaan termasuk kedai serbaneka 24 jam.

Larangan itu juga tidak terkandung dalam syarat-syarat pengeluaran lesen penjualan minuman keras berkenaan, katanya menjawab soalan Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri menetapkan dasar khusus melarang umat Islam di Selangor terlibat dalam aktiviti penjualan minuman keras berkenaan.

Bagaimanapun, Ean Yong (DAP-Seri Kembangan) berkata orang Islam di negeri ini tidak digalakkan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti penjualan arak.

Ean Yong berkata kerajaan negeri setakat ini sedang melaksanakan langkah pengawalan kendiri bagi penjualan minuman keras berkenaan kepada mana-mana umat Islam termasuk individu golongan bawah umur.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga mempunyai satu jawatankuasa khusus yang dipengerusikan pegawai-pegawai daerah bagi menentukan sama ada lesen berkenaan perlu dikeluarkan atau sebaliknya di kawasan-kawasan tertentu.

“Bagi langkah pengeluaran lesen (penjualan arak), perkara itu dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dengan sokongan daripada polis, jabatan kastam dan jabatan kesihatan,” katanya –

UTAMAPOLITIKTiada Kenaikan Elaun Guru KAFA, Arak Bebas Dijual Di Selangor – Exco

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium