Tiada kerjasama dengan PPBM ketika PRU-15, tarik diri daripada kerajaan bila-bila masa – Isham Jalil - pakdin.my

Menurut Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berakhir semalam telah menetapkan dua perkara yang akan diambil bagi menentukan halatuju UMNO iaitu tidak bekerjasama dengan parti Bersatu ketika PRU-15 serta Ahli-ahli Parlimen UMNO akan menarik diri daripada kerajaan bila-bila masa namun selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2021.

Semalam dalam Dewan Merdeka di Perhimpunan Agong UMNO, UMNO daripada akar umbi sehingga ke pucuk pimpinan parti telah bersetuju membuat dua keputusan dan ketetapan berikut: PERTAMA, UMNO tidak akan bekerjasama dengan PPBM dalam PRU-15 akan datang. Barisan Nasional akan bergerak bersendirian dalam menghadapi pilihan raya umum tersebut.”

KEDUA, UMNO (Ahli-ahli Parlimen UMNO termasuk anggota Kabinet dan pentadbiran kerajaan) akan menarik diri dan keluar daripada Kerajaan Perikatan Nasional pada bila-bila masa selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2021 iaitu tarikh tamat darurat yang sebelum ini dinyatakan oleh Perdana Menteri.”

Menurut beliau UMNO juga telah memberi mandat sepenuhnya kepada Presiden Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menentukan tarikh yang sesuai untuk Ahli-ahli Parlimen dan anggota-anggota Kabinetnya menarik diri daripada kerajaan apabila tiba masa yang sesuai.

Pendirian ini diambil setelah UMNO meneliti perkembangan terkini politik tanahair terutamanya hubungan dengan parti Bersatu yang turut mengambil kira pandangan akar umbi UMNO di seluruh negara yang mahu hubungan tersebut ditamatkan agar tidak berterusan memudaratkan parti.

Rujuk pautan;

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/944277026327822/?d=n

UTAMAPOLITIKTiada kerjasama dengan PPBM ketika PRU-15, tarik diri daripada kerajaan bila-bila masa...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium