31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 18, 2021

Tiada Kerjasama Dengan PPBM Pada PRU-15 – Tajuddin

UMNO secara jelas tidak akan bekerjasama dengan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) kelak.

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, UMNO hanya akan bekerjasama dengan Pas kerana telah memeterai piagam Muafakat Nasional pada tahun 2019 yang memastikan tiada pertembungan dengan kedua-dua parti.

“Dia (Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) nak bekerjasama dengan Bersatu terpulanglah kepada dia dan UMNO tidak akan bekerjasama dengan parti itu dalam pilihan raya akan datang.

“Berdasarkan tinjauan lebih 140 atau dua per tiga daripada ketua bahagian dalam UMNO di seluruh negara turut menyatakan pendirian sama.

“Jadi kita mendengar kepada akar umbi, takkan kita mahu dengar cakap Amar tetapi kita hormat kenyataan beliau,” katanya memetik laporan Berita Harian Online.

Tajuddin berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak 2020 di Dewan Besar Pekan Baru, Chenderong Balai, hari ini.

Kenyataan itu diberikan respon kepada kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata Pas, Bersatu mahupun Barisan Nasional (BN) tidak mampu menghadapi pilihan raya bersendirian.

Mohd Amar berkata ketiga-tiga parti melalui Perikatan Nasional (PN) perlu bekerjasama dalam PRU15 sekiranya mahu kekal berkuasa.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata, kepimpinan Pas perlu berpegang kepada janji yang dimeterai dalam piagam Muafakat Nasional yang ditandatangani oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, kerjasama antara kedua-dua partu Melayu itu dipercayai akan menghasilkan kemenangan besar pada PRU akan datang.

“Janji mesti ditunaikan dan mereka menyertai Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu tanpa UMNO sedangkan kita sudah bersama dalam MN….jadi carilah jalan keluar.

“(Ketika) kerajaan (dibentuk) dahulu kita bersetuju ia bukan kerjasama politik (sebaliknya) ahli dewan saja (antara) wakil rakyat dengan wakil rakyat dan tidak buat keputusan masuk secara politik dalam PN,” katanya lagi.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.