Tiada lagi Pakatan Rakyat – Kit Siang - pakdin.my

Kuliah Hudud oleh Lim Kit Siang di Kota Bharu, Kelantan
Kuliah Hudud oleh Lim Kit Siang di Kota Bharu, Kelantan

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang hampa kerana proksi pilihan parti itu kecundang sewaktu Muktamar PAS minggu lalu bertegas dengan pendiriannya bahawa Pakatan Rakyat, (PR) bakal berkubur tidak lama lagi.

Alasan beliau ialah gabungan tiga parti itu yang semakin terpesong daripada kerangka asas PR.

“Kalau ‘common policy of framework’ dah tak ada, operation of principle itu pun tak ada, jadi di mana PR?” jawabnya kepada soalan media berhubung masa depan PR sama ada dapat diselamatkan atau tidak.

Sebelum ini, Kit Siang menyatakan bahawa parti gabungan yang ditubuhkan sejak 2008 akan berkubur dalam masa dua minggu ekoran krisis PAS dan DAP yang semakin parah.

Susulan itu, DAP juga kemudiannya memutuskan hubungan kerjasama dengan Presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

PAS pula memulangkan paku buah keras kepada DAP bilamana Dewan Ulama PAS minggu lalu meluluskan usul tergempar mahukan PAS memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP.

Perkembangan itu menyaksikan PKR tampil cuba menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku namun usaha itu dipinggirkan, baik DAP mahupun PAS.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan angkuh menolak hasrat PKR dan sebaliknya berbangga menyatakan partinya lebih senior dan mampu bertindak menyelesaikan masalah itu dengan lebih baik.

UTAMAPOLITIKTiada lagi Pakatan Rakyat - Kit Siang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium