Tiada lagi serangan ‘pedas’ buat Shafie, Najib seloroh bakal wujud kerjasama politik baharu #pakdin.my

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan memberi sebarang komen mengenai kenyataan mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal yang mengakui tidak kesal dengan tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sehingga menyebabkan berlaku pilihan raya negeri lalu.

Najib secara berseloroh berkata, dirinya tidak akan memberikan kritikan ‘pedas’ kepada Shafie susulan terdapat laporan berita mengatakan Shafie dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan ikatan politik baharu bersama blok kerajaan.

“Saya pun tidak mahu terlebih kritik Shafie sebab terbaca berita pagi ini bahawa kononnya ada kemungkinan kita akan bersama dia dan atok (Dr Mahathir) dalam gabungan politik yang sama,” katanya di Facebook.

Najib berkongsi tajuk berita sebuah portal mengenai kenyataan Shafie yang didakwa tidak kesal dengan keputusan mengadakan pilihan raya negeri lalu.

Shafie dilaporkan berkata lebih rela ‘mati’ daripada menyerahkan pentadbiran Sabah kepada Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa memaklumkan satu perikatan besar perlu diwujudkan membabitkan parti yang tidak sehaluan dengan Pakatan Harapan (PH). [1]

Jelasnya, parti politik termasuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) dijemput bagi membentuk perikatan baharu.

[1] https://web.facebook.com/AnnuarMusa/posts/3613282885400084

Dalam hantaran facebook selepas itu, Datuk Seri Najib Razak menyindir Sinar Harian dan Portal FMT dengan status berbunyi “Pembaris” ?
https://web.facebook.com/najibrazak/posts/10157494708895952

Sumber:

Shafie langsung tak menyesal mengadakan PRN Sabah daripada mengembali kembali kuasa sebagaimana dia rampas kuasa…

Posted by Najib Razak on Sunday, 15 November 2020

Berkaitan