Tiada lagi tauliah untuk ahli politik berceramah di masjid, surau: JAIS - pakdin.my

Jabatan Agama Islam Selangor

SHAH ALAM: Ahli politik tidak lagi diberi tauliah untuk berceramah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin.

“Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah sebelum ini tidak boleh memperbaharuinya sebaik ia tamat dan mereka tidak lagi dibenarkan memberikan ceramah di semua surau dan masjid di negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata larangan terhadap ahli politik itu adalah bagi mematuhi titah perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, melalui surat pekeliling bertarikh 22 Jun lalu.

Marzuki berkata, Sultan Selangor tidak berkenan untuk memberikan tauliah kepada semua ahli politik untuk berceramah di semua surau dan masjid di seluruh Selangor.

Beliau berkata, mereka yang melanggar arahan itu (menyampai ceramah tanpa tauliah) boleh didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Jais, Seksyen 119 (1) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Katanya, kini terdapat 2,601 penceramah agama yang bertauliah di Selangor.

Awal bulan ini JAIS memanggil Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, bagi disiasat terhadap dakwaan bahawa beliau memberi tazkirah tanpa tauliah dengan perbicaraan berhubung perkara itu telah ditetapkan diadakan di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 24 November depan.
Khalid didakwa menyampaikan kuliah agama tanpa permit pada 16 Ogos lalu di Surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

UTAMABERITATiada lagi tauliah untuk ahli politik berceramah di masjid, surau: JAIS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium