25.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Tiada Layanan Luar Biasa Untuk Anwar – Ahmad Zahid

anwar-sungai-buloh

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada layanan luar biasa diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Beliau berkata, pemimpin pembangkang itu menerima layanan sama rata seperti banduan lain mengikut peruntukan undang-undang.

“Jabatan Penjara melayan semua orang di penjara itu secara saksama sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang dan peraturan penjara.

“Saya mengesahkan perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian selepas menyedari terdapat kegusaran tentang layanan yang diterima ketua pembangkang itu yang dipenjarakan kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Selepas Anwar dibawa ke penjara, timbul beberapa dakwaan termasuklah dakwaan beliau menerima layanan istimewa, manakala dari pihak keluarga Anwar, timbul kebimbangan berbeza iaitu kebimbangan dari segi keselamatan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, terdapat dua jenis kurungan di penjara iaitu jenis bilik dan sel dan Anwar kini ditempatkan di sebuah bilik.


Katanya, pada peringkat ini, seperti banduan lain yang baharu dijatuhkan hukuman, Anwar perlu memakai pakaian banduan berkolar merah.

“Layanan sama sahaja, sebagai seorang yang ‘mendapat liputan meluas’, dia ditempatkan seorang di dalam sebuah bilik, tapi ada lagi banduan yang ditempatkan di bilik, bukan dia seorang sahaja,” katanya.

Katanya, peralatan dan kemudahan yang terdapat dalam bilik tersebut adalah sama dengan yang terdapat di bilik atau sel lain, iaitu tilam dan dulang makanan.

Zulkifli berkata, dari segi layanan, makanan, peralatan dan jadual pertemuan dengan ahli keluarga, tiada perbezaan di antara Anwar dan banduan lain.

Jelasnya, pada peringkat ‘kolar merah’ dia hanya dibenarkan bertemu keluarganya sebulan sekali dan tempoh itu akan berubah mengikut peringkat.

Ditanya sama ada Anwar ada membuat permintaan khusus, beliau berkata: “Setakat ini tiada. Kalau dia minta buku-buku kita akan beri.”

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...