31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat berhubung rasuah oleh pihak berkuasa Brazil menerusi operasi ‘Car Wash’ seperti dilaporkan beberapa media.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, waran geledah dan sita dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan Curitiba ke-13, Brazil ke atas dua individu tidak membabitkan warga kerjanya.

“Tiada pengarah atau pekerja kami menjadi subjek siasatan semasa pihak berkuasa Brazil. Sapura Energy secara tegas mendukung dasar toleransi sifar terhadap rasuah,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, Sapura Navegacao Maritima SA (SNM), syarikat usaha sama 50:50 antara Sapura Energy dan Seadrill akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa Brazil.

“Syarikat usaha sama ini adalah entiti berasingan yang diuruskan secara bebas oleh dua pemegang saham. Setakat ini, SNM belum dihubungi oleh pihak berkuasa lain.

“Sebagai sebahagian daripada tadbir urus korporat yang baik, Sapura Energy telah menjalankan siasatan dalaman untuk memastikan wujudnya pelanggaran undang-undang dan ketidakpatuhan terhadap Kod Etika kami,” katanya.

Sapura Energy menegaskan, syarikat itu akan menjalankan perniagaan mengikut undang-undang dan tadbir urus korporat terbaik, sejajar dengan sejajar dengan nilai profesionalisme, kejujuran dan kepercayaan korporatnya.

Sebelum ini, Sapura Energy dan kumpulan anak syarikatnya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit memberi sogokan atau rasuah bagi urus niaga di Brazil mahu pun di negara lain.

Syarikat itu membuat kenyataan media berkenaan sebagai maklum balas terhadap laporan siasatan di Brazil baru-baru ini yang membabitkannya dan Seadrill atas dakwaan rasuah berkaitan kontrak-kontrak Petróleo Brasileiro SA (Petrobras).

Terdahulu, pihak pendakwa Persekutuan Brazil dalam satu kenyataan mendakwa mereka telah menjalankan sebanyak 25 pemeriksaan yang bertumpu di Rio de Janeiro serta Sao Paulo bagi mendalami siasatan berkaitan tiga kontrak bernilai AS$2.7 bilion (RM11.2 bilion) yang dimeterai oleh Sapura dan firma minyak nasional Brazil, Petrobras pada 2011.

Pihak pendakwa turut memperincikan satu skim yang mana usaha sama membabitkan Sapura Energy dan Seadrill di Brazil didakwa memberi sogokan bernilai 1.5 peratus daripada kontrak yang diraih bersama Petrobras.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan