Sunday - July 25, 2021 @ 00:47
BERITATiada penggunaan bahan kimia dalam pembenihan awan

Tiada penggunaan bahan kimia dalam pembenihan awan

pembenihan-awan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menafikan pihaknya menggunakan bahan kimia berbahaya dalam operasi pembenihan awam seperti yang tersebar di laman sosial.

Menterinya, Datuk Madius Tangau, berkata bahan dan kuantiti garam yang digunakan adalah sama setiap kali operasi pembenihan awan dijalankan.

“Tiada tambahan bahan kimia lain seperti yang diviralkan dalam laman sosial. Bahan yang digunakan adalah natrium klorida iaitu garam masakan biasa. Garam ini selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan manusia atau alam sekitar.

“Dalam sesuatu operasi pembenihan awan, sebanyak 200 kilogram garam akan dilarutkan ke dalam 1500 liter air dalam tangki berisi padu 1800 liter sebelum disembur ke dalam awan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Berkaitan:

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here