Statistik Corona

Malaysia
2,185,131
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Malaysia
1,968,538
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Malaysia
191,434
Active
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Malaysia
25,159
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,208,013
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Indonesia
4,023,777
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Indonesia
141,467
Deaths
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm

Global

All countries
232,360,218
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
All countries
207,251,469
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
All countries
4,758,748
Deaths
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm

Tiada penggunaan kawad berduri PKPD di 34 mukim di Selangor – Arjunaidi

Tiada pagar kawat berduri yang akan dipasang di 34 mukim di Selangor, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula tengah malam ini hingga 16 Julai.

Sebaliknya Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya akan mempertingkatkan kawalan di sekatan jalan raya.

Beliau berkata, pihaknya akan menggunakan 80 peratus kekuatan daripada hampir 14,000 anggota dan pengawainya, bagi operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan PKPD, dalam memastikan tiada individu yang merentas kawasan.

“Apa yang kita buat, kita akan lakukan sekatan jalan raya di laluan kebiasaan orang ramai untuk merentas kawasan (antara mukim dan daerah). Kami juga akan letakkan pasukan pemantau untuk memastikan tiada individu yang merentas (daerah/negeri),” katanya dalam sebuah rancangan temubual portal dalam talian, hari ini.

Beliau berkata selain 120 hingga 140 sekatan jalan raya yang dijalankan, polis akan memperbanyakkan sekatan jalan raya secara bergerak atau ‘snap check’.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam yang tinggal di Selangor tetapi perlu berkerja di luar daripada negeri itu atau sebaliknya, untuk menunjukkan surat kebenaran majikan dan kementerian semasa di sekatan jalan raya.

Arjunaidi berkata PKPD yang akan dilaksanakan esok adalah satu tindakan yang wajar, untuk memastikan kes positif di negeri itu dapat diturunkan dan trend jangkitan tidak merebak ke negeri-negeri lain.

“Sebab itu penting kita ‘isolate’ pergerakan, supaya wabak ini tidak merebak…dalam tempoh dua minggu ini, kalau kita semua dapat beri kerjasama kita mungkin dapat keluar dari (PKPD) ini atau pun lebih awal,” katanya.

PKPD di Selangor melibatkan 34 mukim di lapan daerah iaitu daerah Petaling; Hulu Langat;  Sepang; Gombak; Kuala Langat; Klang; Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

— BERNAMA

Berkaitan