Tiada Penolakan Dibuat Oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah – Najib - pakdin.my

najib razak-jemaah sultan kedah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak menolak cadangan berhubung pengganti Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai menteri besar negeri itu.

Menurutnya, beliau telah mengadap pengerusi jemaah itu pada pagi Jumaat dan pertemuan berkenaan berjalan lancar.

“Saya telah mengadap Pengerusi Jemaah Diraja pagi tadi dan saya telah sembah maklum akan beberapa cadangan atas nama Umno.

“Perkembangan selanjutnya akan diumumkan…,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Tertinggi Umno di sini, Jumaat.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, Ketua Puteri Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Penerangan Tan Sri Annuar Musa.

Presiden Umno berkata tiada sebarang penolakan dibuat semasa pertemuan diadakan seperti yang didakwa dalam beberapa laporan sebelum ini.

“Tak betul…tak betul.

“Nanti saya maklumkan…tak ada penolakan dan majlis itu berjalan dengan baik,” katanya.

Ditanya mengenai kedudukan Mukhriz sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, beliau menjawab: “Nanti kita beritahulah…”

Dalam pada itu Najib turut mengakui mengetahui lebih awal mengenai kemelut kepimpinan di Kedah.

“Kita dengar ada masalah tapi ini diputuskan oleh 14 ketua-ketua bahagian.

“Sebagai presiden parti saya kena ambil maklum dan beri pertimbangan,” katanya.

Krisis politik di Kedah bermula apabila 14 ketua bahagian diketuai Timbalan Badan Pengerusi Umno negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mengadakan sidang media menyatakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz.

UTAMAPOLITIKTiada Penolakan Dibuat Oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah - Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium