Tiada perlindungan selepas dedah kepada umum - pakdin.my

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010

Mereka tidak layak untuk dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat kerana mereka mendedahkan kepada umum apa yang sepatutnya dirahsiakan.

“Mereka sepatutnya hanya dedahkan kepada pihak berkuasa dengan ikhlas dalam mendedahkan atau membantu orang ramai daripada bertindak seperti juara dengan menyiarkan berita,” kata pakar undang-undang, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

“Tidak ada perlindungan. Contohnya, anda hanya boleh mendedahkan maklumat kepada polis atau pihak berkuasa.

“Jika anda pergi ke media yang anda tidak dilindungi. Kedua, jika anda melanggar mana-mana undang-undang, seperti Akta Rahsia Rasmi 1972, sekali lagi anda tidak dilindungi,” kata bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim.

Kata-kata terbabit disuarakan dua tokoh berbeza namun memiliki pengalaman mendalam dalam bidang perundangan negara.

Sekalipun tidak berada di pihak sama, mereka sependapat bahawa tindakan mendedahkan kepada umum maklumat yang diperolehi secara tidak sah tidak akan membolehkan pihak terbabit dilindungi ‘whistle blower’s act’.

Mereka mengulas sama ada pihak yang terlibat dalam penyebaran maklumat mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat jika mencuri maklumat.

Ia susulan pendedahan Pegerusi Kumpulan The Edge Media, Datuk Tong Kooi Ong dan Ketua Pegawai Eksekutif Ho Kay Tat bahawa mereka berbuat janji namun tidak menunaikannya terhadap bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo yang mencuri maklumat berhubung syarikat pembangunan strategik, 1MDB.

“Benar, kami memperdayakannya tetapi itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil rakyat Malaysia dan warga asing, menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion.

“Kenyataan beliau mengesahkan apa yang kami katakan sebelum ini iaitu, kami tidak pernah membayar sesiapa,” kata kenyataan Kooi Ong dan Kay Tat sebelum ini.

Dalam pada itu, Ketua Biro Undang-undang & Biro Pengaduan Awam, Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Jason Loo mendesak kerajaan bertegas dengan pihak-pihak yang telah memalukan negara di mata dunia.

Mereka juga mengakui telah memperdayakan Justo untuk mendapatkan bukti pendedahan yang dilakukan.

“Mereka telah menyebabkan negara kita nama buruk dan saya tidak melihat mengapa mereka harus terkecuali.

“Dalam kes ini, mereka telah menyediakan dokumen-dokumen yang telah diubah supaya kesahihan bukti dipersoalkan jadi saya tidak nampak mengapa mereka perlu dilindungi di bawah Akta ini,” katanya.

Situasi semasa itu menyebabkan Kooi Ong dan Kay Tat serta Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli dihalang keluar negara sekaligus mencetuskan desakan beberapa pihak mahu mereka dilindungi akta tersebut.

Pun begitu, semua pihak perlu sedar bahawa sebarang perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 akan hilang jika maklumat berkenaan didedahkan kepada media.

Tambahan pula jika maklumat itu pula sudah dimanipulasi dan diperolehi dengan cara tidak sah.

UTAMAEDITORIAL1MDBTiada perlindungan selepas dedah kepada umum

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium