Exco Pulau Pinang Mengaku Tiada Rumah Kos Rendah Dibina

 

Mengejutkan tetapi hakikatnya perlu diterima.

Tiada satu unit pun rumah kos rendah dan sederhana rendah dibina kerajaan negeri DAP dalam tempoh dua tahun lalu di Pulau Pinang.

Pengakuan itu datang dari Exco Perumahan sendiri dalam hari ke-dua persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Isu terbabit ditimbulkan dalam sesi soalan lisan, pagi tadi.

Soalannya berapakah jumlah rumah kos rendah dan sederhana rendah dibina dalam dua tahun lalu oleh kerajaan negeri menggunakan dananya sendiri atau melalui anak syarikat dan jabatan negeri.

Exco Perancangan Desa, Perumahan Dan Kesenian, Wong Hon Wai menjelaskan, sejumlah unit rumah dibina, tetapi semuanya oleh syarikat swasta.

Tetapi, yang ingin diketahui, daripada kerajaan negeri yang didakwa “kerajaan mesra rakyat”.

Seolah-olah terperangkap, Wong mengalami kesukaran menjawab persoalan itu.

Apabila diasak lagi,  jawab Wong, “Saya tidak setuju”, lantas merujuk kepada buku kompilasi jawapan soalan bertulis DUN tahun lalu..

Datuk Arif Shah menunjukkan jawapan bertulis Ketua Menteri Lim Guan Eng bercanggah dengan jawapan Wong.

Ia menyebabkan Wong panik, dan menukar jawapannya kepada, “Saya setuju”.

DATUK ARIF SHAH OMAR SHAH / ADUN Seberang JayaJadi kami sangat kesal kerajaan negeri gagal bina rumah kos rendah.

Depa bagi 100 Ringgit boleh tapi pembelaan kepada miskin perlu dilakukan jangan asyik main politik jangan dok gila heboh ada bajet surplus tapi tak ada pembelaan. Dulu pun kita ada surplus tapi masih bina rumah kos rendah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here