26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, December 4, 2020

Tiada tanda-tanda penarikan keluar modal dari Malaysia

“Cakap-cakap mengenai berulangnya krisis kewangan Asia diperbesar-besarkan.”

pencapaian-ekonomi-malaysia

Tiada tanda-tanda penarikan keluar modal dari Malaysia berikutan negara itu kini berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding pada 1998, kata Franklin Templeton Investments.

Ketua Pendapatan Tetap dan Sukuk Malaysia, Hanifah Hashim berkata ketidaktentuan semasa dalam pasaran baharu pada masa ini merupakan pengecutan pasaran dengan negara-negara yang mempunyai asas yang lebih baik, bersatu.

“Cakap-cakap mengenai berulangnya krisis kewangan Asia diperbesar-besarkan.

“Rizab antarabangsa kita sebanyak US$133.1 bilion (AS$1.00=RM3.30) sehingga 30 Jan 30 2014 berbanding AS$135.0 bilion, sehingga 15 Jan 2014,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pengurangan ini hanya menyumbang 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan rizab asing, iaitu satu jumlah yang kecil berbanding krisis kewangan global pada 2008 yang menyaksikan rizab antarabangsa Malaysia susut kepada AS$40 bilion, kata Hanifah.


Beliau berkata hutang bukan ringgit, iaitu sebanyak RM16.9 bilion pada suku ketiga 2013, adalah kurang daripada lima peratus daripada jumlah keseluruhan hutang.

“Dengan hutang luar negara yang rendah, kita tidak akan pasrah kepada kadar pertukaran yang tidak menentu berbanding 17 tahun yang lalu,” katanya.
Rizab asing Malaysia kini tiga kali lebih besar berbanding pada 1998 dan akaun semasa masih mencatatkan lebihan.

Sementara itu, Hanifah berkata tekanan inflasi ditetapkan secara perlahan-lahan dan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) membiarkan kadar faedah tidak berubah pada 3.0 peratus sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini.

Ini kerana kenaikan kadar inflasi baru-baru ini disebabkan tolakan kos dan bukan faktor tarikan permintaan.

“Pemikiran adalah bagi BNM memberi tumpuan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi kita lebih kukuh sebelum melaraskan kadar faedah selanjutnya memandangkan sebarang kenaikan dalam kadar dasar semalaman akan mengurangkan permintaan dalam negeri,” katanya.

Bagaimanapun, jika kadar inflasi melepasi 3.5 peratus dalam beberapa suku berturut-turut, Malaysia mungkin menyaksikan kenaikan 25 mata asas dalam kadar dasar semalaman pada suku keempat tahun ini, katanya.

Berita Berkaitan

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Ekonomi – Mahathir Vs Najib

Aku tengah tengok temuramah Sinar Harian terhadap DS Najib. Satu soalan yang ditanya adalah apakah...

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 bermula tahun...

Kakitangan awam dapat RM600, pesara RM300

Demi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam, kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...