25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2020

Tiada Tempat Kebal Daripada Serangan Pengganas, Maklumat Risikan Penting

bataclan-paris-attack

Tiada amaran, tiada jua sebarang isyarat. Dunia sekali lagi digemparkan dengan serangan ganas, yang terkini di Paris pada Jumaat malam sehingga mengorbankan lebih 100 nyawa dan mencederakan lebih 200 yang lain.
Tanpa dapat dikesan oleh agensi perisikan, siri serangan ganas yang berlaku di enam lokasi berbeza di kota Paris, serangan berkenaan memperlihatkan bahawa kumpulan pengganas kini lebih sofistikated dan berkemampuan memporak-perandakan dunia.
Pakar Geostrategis daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Azmi Hassan berkata individu-individu yang bertanggungjawab terhadap serangan itu pasti mempunyai pengalaman ketenteraan.
“Oleh kerana serangan berlaku di beberapa tempat makan, perancangan teliti sudah pasti dilakukan oleh dalang. Maka agak mengejutkan perisikan sama ada di Perancis atau di Amerika Syarikat tidak dapat menghidu kegiatan sebesar ini,” katanya.
Media antarabangsa melaporkan militan IS mengaku mendalangi siri serangan secara tembakan rambang dan letupan bom di kota raya Paris.
Beberapa episod keganasan yang berlaku di beberapa negara sejak kebelakangan ini membuktikan bahawa tiada tempat yang boleh dikatakan kebal daripada serangan pengganas.
“Begitu penting sekali perkongsian maklumat risikan dilaksanakan antara negara kerana episod ini menyaksikan kegagalan risikan yang begitu besar sekali,” katanya.
Insiden serangan demi serangan seumpamanya, tegas Azmi, menunjukkan kitaran keganasan tidak akan berakhir sehinggalah penyelesaian politik di beberapa negara bergejolak seperti Syria dicapai.
Jika benar serangan di Paris mempunyai kaitan dengan kemelut di Syria, maka pengajaran paling penting ialah kuasa besar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia dan Perancis perlu mengetepikan agenda geopolitik masing-masing.
“Oleh kerana kuasa besar ini juga berada dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), maka kemudahan ini boleh digunakan untuk mencari penyelesaian demi rakyat Syria dan bukan untuk memenuhi kehendak kuasa besar,” katanya.
Satu lagi anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu yang mempunyai kuasai veto ialah China.
Dalam konteks Malaysia, Azmi berkata setakat ini negara masih tersisih daripada aktiviti keganasan, namun yang menggusarkan ialah terdapat rakyat Malaysia yang mendapat pengalaman militan seperti Syria dan Filipina.
“Jika individu seperti ini pulang ke Malaysia maka ancaman berlaku keganasan adalah begitu dekat sekali,” katanya.
Beliau berkata pemantauan dan risikan perlu dilakukan secara berterusan terhadap kumpulan atau individu yang disyaki mempunyai kaitan atau simpati terhadap kumpulan pengganas.
“Jika setakat ini pihak Counter Terrorism PDRM menahan lebih daripada 100 individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan, maka sudah pasti mereka yang tidak berada dalam radar pemantauan adalah jauh lebih besar jumlahnya,” katanya.
Sementara itu, Presiden International Movement for Just World (JUST) Dr Chandra Muzaffar berkata setiap insiden keganasan perlu disiasat terlebih dahulu sebelum mana-mana pihak membuat sebarang andaian.
“Kena siasat sesuatu peristiwa dan kaji punca sebelum buat kesimpulan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata apabila berlaku sahaja insiden keganasan, ada pihak yang cenderung menyatakan ia angkara pengganas Islam, sebaliknya semua pihak seharusnya faham bahawa keganasan tidak melibatkan agama.
“Jangan cepat buat kesimpulan seolah-olah perkara itu dilakukan oleh pengganas Islam. Ini yang dikatakan Islamofobia, ia satu fobia tentang Islam dan ini telah menjadi satu persepsi. Apabila berlaku sahaja keganasan ia dikaitkan dengan Islam,” katanya.
Dr Chandra berkata aktviti keganasan merupakan cabaran besar kepada masyarakat antarabangsa termasuk Malaysia dan ia memerlukan tindakan tegas dan tuntas.
“Untuk menangani perkara ini (keganasan) daripada berlaku di negara ini, kita perlukan perisikan yang lengkap dan mesti ada undang-undang yang jelas. Kita perlu bertindak tegas berhubung perkara ini,” katanya.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Komen

..

#PRNSabah: PBS dakwa dihubungi lawan, ditawarkan wang dan jawatan

KOTA KINABALU - Parti Bersatu Sabah (PBS) mendakwa semua calonnya yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam telah dihubungi parti lawan untuk...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan