24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

Tian Chua Cerminan Pemimpin Pakatan Yang Suka Menipu Rakyat

Tian Chua putar belit
Tian Chua putar belit

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua, hari ini menafikan laporan bahawa beliau meminta maaf kerana menerbitkan artikel yang menuduh UMNO berkonspirasi wujudkan sandiwara Lahad Datu. Sebaliknya, beliau menyatakan beliau bersetuju menarik balik artikel tersebut.

Beliau juga menegaskan bahawa artikel beliau tidak menuduh UMNO bersandiwara. “Saya ulangi pendirian saya bahawa kenyataan saya dalam Keadilandaily tidak merujuk kepada UMNO sebagai perancang tembakan Lahad Datu.”

Persoalan mudah ialah jika Tian Chua tidak berbohong mengapa beliau bersetuju menarik balik dan menyatakan kekesalan beliau kepada media kerana artikel tersebut?

Inilah cerminan kesombongan pemimpin Pakatan Rakyat, telah berbohong dan bersalah, masih enggan minta maaf atau mengaku kesalahan. Jika kesalahan sekecil ini pun mereka enggan akui secara jujur dan ikhlas, bayangkan jika memerintah negara.

Seperti kata Arifin Man, “kalau sudah tarik artikel tu maknanya berbohonglah, apa lagi hendak ditegak atau dinafikan?”

Tian Chua juga menyalahkan sesetengah pihak kononnya ada pihak tertentu cuba menggambarkan beliau berkata begitu.

Soalnya, siapakah pihak tertentu itu kalau bukan Keadilandaily sendiri? Inilah jenis ahli politik yang hidup sepanjang masa berbohong dan memutarbelit berita.

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...