Tian Chua disiasat bawah SOSMA 2012, Akta Hasutan 1948 - pakdin.my

Polis Kontinjen Kuala Lumpur mengumumkan satu lagi kertas siasatan dibuka terhadap Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Kali ini ia berhubung ceramah Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang dalam siri jelajah Reformasi 2.0 di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, kira-kira jam 9 malam, 20 April lalu.

Ketika menngumumkan perkara itu pada Rabu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, polis bertindak atas laporan orang ramai.

Katanya, Naib presiden PKR itu disiasat bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan dan Seksyen 124 Sosma.

Menurut Khairi, kenyataan Tian Chua dalam ucapannya itu adalah “satu proses untuk menjatuhkan (kerajaan) di luar sistem perlembagaan”.

Tian Chua dalam ceramah di Pantai Dalam itu mengulangi ugutannya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika bos beliau, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekali lagi.

“Pada 14 April lalu, saya ditahan polis dan telefon bimbit saya dirampas kerana kononnya saya terlibat dalam aktiviti menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri.

“Saya ingin ulangi pendirian saya sekali lagi…saya yakin majoriti rakyat akan bersama saya.

“Kalau berani perdana menteri Najib penjarakan Anwar, kita akan bangkit, jatuhkan Najib,” katanya di hadapan kira-kira 1,500 hadirin dalam himpunan Reformasi 2.0 di Kuala Lumpur, pada Ahad malam, seperti dilaporkan portal berita pro-pembangkang The Malaysian Insider.

Tian Chua sebelum ini juga disiasat bawah Akta Hasutan dan telefon bimbitnya turut dirampas pada 14 April lalu.

Siasatan kes terdahulu itu, yang dipercayai berkaitan posting beliau di akaun Twitter miliknya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sudah dan diserah kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Khairi Ahrasa“Tian Chua ada dua kes, satu daripada kertas siasatan itu telah lengkap dan kita rujuk kepada jabatan peguam negara,” kata Khairi mengesahkannya.

Sebelum itu, pada 7 Mac, Tian Chua juga melaungkan kenyataan yang sama untuk menggulingkan Najib dalam masa lima bulan di hadapan lobi Kompleks Istana Keadilan, Putrajaya, ketika Mahkamah Persekutuan menjatuhkkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar apabila didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan (Rujuk video)

 

 

UTAMABERITATian Chua disiasat bawah SOSMA 2012, Akta Hasutan 1948

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium