26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Tidak Ada Sebab Mengapa Perlu Tolak MCA

SEBAGAI seorang graduan sains politik berketurunan Tionghua, saya telah mengambil kesempatan pada hari Ahad lalu untuk buat pertama kalinya menghadirkan diri ke Perhimpunan Agung MCA yang ke-59 yang telah berlangsung di Dewan San Choon, Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Ini bukan sahaja pertama kali saya menghadirkan diri ke majlis seumpama itu sebagai seorang pemerhati bebas tetapi juga sebagai seorang yang mahu mendekati dengan lebih dekat lagi sebuah parti politik yang sejak beberapa tahun ini telah dikritik hebat sebagai parti yang semakin tenat dan tidak mendapat simpati langsung daripada masyarakat Tionghua.

Bagaimana pun, berdasarkan pemerhatian saya pada hari tersebut, saya ingin berbeda pendapat dengan mereka yang mengatakan bahawa MCA semakin layu dan tidak bermaya.

Malah saya dapati, ucapan dasar oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disampaikan dalam bahasa Melayu sepenuhnya sangat-sangat memberansangkan dan menjelaskan kedudukan dan peranan sebenar MCA dalam Barisan Nasional dan juga kerajaan.

Beliau telah menyenaraikan sebab-sebab secara terperinci mengapa masyarakat Cina Malaysia harus terus berada bersama MCA dan kerajaan BN untuk tahun-tahun yang akan datang.

Dan sebagai seorang pemerhati yang tidak menganggotai mana-mana parti politik, saya berpendapat, apa yang disarankan oleh Dr Chua adalah valid dan mempunyai asas-asas yang kukuh untuk dipertimbangkan secara wajar dan rasional oleh para pengundi Cina di Malaysia.

Tolak sebelah apa juga kekurangan dan kelemahan yang ada dalam kerajaan sekarang, tidak ada sebab untuk masyarakat Cina menolak BN dan juga MCA.

Sila lihat program-program yang telah dilaksanakan oleh MCA yang membawa faedah kepada rakyat jelata;


> Yayasan Perubatan 1MCA (1MCA Medical Foundation) yang telah mengagihkan RM8.56 juta dan memanfaatkan 1,483 orang pesakit (Cina: 1,188; India: 191; Bumiputera: 104);

> Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan 1MCA (the 1MCA Education Loan Scheme) yang telah memberi pinjaman kewangan sejumlah RM5.5 juta kepada 159 orang (Cina: 135; India: 21; Bumiputera: 3);

> Skim Bantuan Pinjaman Mikro-Kredit 1MCA (1MCA Micro-credit Loan Scheme) untuk belia yang telah memberi pinjaman kewangan sejumlah RM8.06 juta kepada 470 orang (Cina: 419; India: 28; Bumiputera: 23);

> Yayasan Chang Ming Thien yang telah memberi pinjaman kewangan sebanyak RM25.9 juta sejak tahun 2004 kepada 1,705 orang pelajar.

Daripada statistik tersebut, kita akan dapati walaupun MCA adalah sebuah parti yang berasaskan perjuangan untuk kaum Cina tetapi hakikatnya ia telah membuka pintu kepada masyarakat bukan Cina dalam bantuan-bantuan yang disalurkan kepada mereka yang memerlukannya.

Apatah lagi bantuan dan sumbangannya kepada masyarakat Cina adalah jelas dan nyata sekali berbanding dengan parti saingannya.

Dan apabila kita bercakap tentang pendidikan dan bantuan kemudahan kewangan kepada masyarakat, MCA bukan sahaja telah melakukannya dengan cekap dan sempurna malah sistematik dan teratur.

Dalam ucapannya juga, Dr Chua telah menggariskan beberapa fakta mengenai pendidikan bahasa ibunda yang menjadi sebahagian daripada teras perjuangan MCA.

Saya mengikuti dengan penuh teliti ucapan itu dan mendapati beberapa fakta yang menarik yang perlu saya sebutkan di sini iaitu;

> Di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, kita telah menyaksikan berlakunya perubahan yang sangat ketara di dalam beberapa polisi malah peruntukan yang jauh lebih besar telah diberikan kepada pendidikan bahasa ibunda atau mother tongue education.


> Kini Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) telah menerima peruntukkan yang lebih baik, RM100 juta kepada lebih daripada 800 buah sekolah Cina bantuan modal, malah kerajaan telah memberikan peruntukan khas kepada SMJK tahun ini dan peruntukkan ini adalah dalam bentuk geran secara langsung kepada lembaga sekolah.

> Penempatan semula 13 buah sekolah Cina, penubuhan tujuh buah sekolah Cina yang baru dan pengembangan (expansion) lapan buah sekolah lagi yang kesemuanya berjumlah RM95 juta adalah ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan dengan geran tersebut disalurkan terus kepada pihak pengelola lembaga sekolah.

> Kelebihan seperti ini tidak dinikmati oleh sekolah-sekolah aliran yang lain. Malah pihak kerajaan telah sudi untuk membayar bil-bil air dan elektrik di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dengan bantuan syiling RM2,000 sebulan kepada Sekolah Bantuan Modal sejak tahun lalu.

> Memandangkan Kerajaan Negeri Selangor tidak lagi memperuntukkan tanah untuk pembinaan SJKC, bantuan yang diberikan secara langsung oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sangat-sangat instrumental di dalam proses memperolehi tanah untuk membina sekolah-sekolah baru SJKC.

> Pada masa yang sama, MCA juga akan terus berusaha untuk memperolehi pengiktirafan ke atas pemegang-pemegang Unified Examination Certificate (UEC). Bagaimanapun, harus ada usaha untuk melihat kembali silibus UEC agar kandungannya kelihatan lebih Malaysian.

> Pemegang-pemegang sijil UEC kini dibenarkan untuk memohon kemudahan pinjaman PTPTN, manakala 50 pelajar terbaik UEC akan menerima bantuan biasiswa tahunan dan kelayakan mereka diiktiraf untuk memasuki kolej-kolej perguruan Malaysia.

> MCA akan meneruskan tradisinya dalam membangunkan sumber manusia terlatih dan profesional di negara ini. Menjelang tahun hadapan, MCA melalui Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) akan mencatat sejarah melatih lebih dari 200,000 tenaga kerja mahir dan separuh mahir.

> 60% daripada akauntan dan setiausaha yang dilahirkan oleh negara ini adalah graduan-graduan KTAR.

> KTAR kini telah dinaiktaraf sebagai kolej universiti sepenuhnya dan kerajaan juga bersetuju memberi bantuan untuk kos pentadbiran dan juga pembangunan.


Daripada semua fakta ini, satu-satunya rumusan yang boleh saya buat ialah, tidak ada sebab mengapa masyarakat Cina Malaysia harus menolak MCA.

Mereka harus membuka mata dan melihat kebaikan dan kejayaan yang telah dicapai oleh parti ini untuk bukan sahaja masyarakat Cina tetapi juga rakyat Malaysia keseluruhannya.

Persepsi yang diberikan selama ini oleh sesetengah pihak bahawa MCA adalah bacul dan tidak melakukan apa-apa untuk faedah masyarakat Cina di negara kita adalah dusta dan tidak benar.

Fakta yang telah saya senaraikan di atas adalah buktinya.

Yang Benar,

TAN BOON LIAW

KUALA LUMPUR

Berita Berkaitan

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Bincang calon TPM, MKT UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini

Umno dijangka akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan calon Timbalan Perdana Menteri dan syarat-syarat...

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan