Tidak benar harga getah Malaysia lebih rendah daripada Thailand - pakdin.my

Aku seorang penoreh getah
Aku seorang penoreh getah

Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin menolak dakwaan bahawa harga getah di Malaysia lebih rendah berbanding Thailand.

Sebaliknya, harga getah di Malaysia katanya, masih lebih tinggi berbanding negara jiran itu.

Rekod Thai Rubber Association menunjukkan harga getah sekerap di Thailand adalah 15 Baht, bersamaan RM1.87 sedangkan di Malaysia adalah RM1.90 iaitu tiga sen lebih tinggi.

Menurutnya, ‘harga’ yang diviralkan iaitu RM2.20 di Malaysia berbanding RM4.50 sekilogram di Thailand juga tidak benar.

“Begitu juga dengan harga susu getah. Kita beli dengan harga RM3.50 sekilogram manakala di Thailand 28 Baht (RM3.39), bermakna harga mereka (Thailand) lebih rendah 11 sen,” katanya menafikan maklumat harga getah yang disebarkan di media sosial.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Padang Besar bagaimanapun mengakui pendapatan ramai pekebun kecil terjejas oleh kejatuhan harga getah dan ditambah pula dengan penurunan harga minyak.

RISDA bagaimanapun katanya, telah merangka pelbagai pelan serta program yang dapat membantu dalam hal ini.

“Kita juga akan minta supaya diwujudkan kad keluarga bagi mereka yang berpendapatan rendah dan miskin untuk digunakan semasa membeli barangan keperluan asas dengan harga yang lebih murah,” katanya selepas mengagihkan RM88,000 wang zakat hasil keuntungan anak syarikat RISDA, Espek Plantation dan RISDA Baja kepada 216 penduduk dari kawasan Parlimen Padang Besar, Khamis.

Selain itu, RISDA juga katanya, bercadang untuk bersama dengan persatuan pekebun kecil serta persatuan peladang dan nelayan bertemu dan berbincang dengan kerajaan untuk mencari jalan meringankan beban rakyat.

UTAMATidak benar harga getah Malaysia lebih rendah daripada Thailand

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium