Statistik Corona

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 22, 2021 19:01 7:01 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 22, 2021 19:01 7:01 pm
Malaysia
201,274
Active
Updated on September 22, 2021 19:01 7:01 pm
Malaysia
24,565
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,198,678
Confirmed
Updated on September 22, 2021 19:01 7:01 pm
Indonesia
4,008,062
Recovered
Updated on September 22, 2021 19:01 7:01 pm
Indonesia
140,954
Deaths
Updated on September 22, 2021 19:01 7:01 pm

Thailand

Thailand
1,511,357
Confirmed
Updated on September 22, 2021 19:01 7:01 pm
Thailand
1,366,533
Recovered
Updated on September 22, 2021 19:01 7:01 pm
Thailand
15,753
Deaths
Updated on September 22, 2021 19:01 7:01 pm

Global

All countries
230,599,572
Confirmed
Updated on September 22, 2021 19:01 7:01 pm
All countries
205,622,220
Recovered
Updated on September 22, 2021 19:01 7:01 pm
All countries
4,727,157
Deaths
Updated on September 22, 2021 19:01 7:01 pm

Tidak Benar Tuduhan Dilempar Kepada UMNO… Sangat Kasar, Tidak Senonoh – Ahmad Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tidak benar langsung tuduhan yang dilemparkan kepada UMNO.

Ujarnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), menuduh pimpinan UMNO tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak dibebaskan daripada pendakwaan adalah sangat kasar dan tidak senonoh.

“UMNO berasa kesal sehingga ke tahap itu tuduhan sanggup dibuat demi memelihara kedudukan.

“Institusi diraja dipersenda, demokrasi dipermain, undang-undang dimanipulasi, kini rakyat dibohongi. Sanggup berdusta untuk memesongkan perhatian rakyat daripada isu pokok iaitu kegagalan dan hilang sokongan,” katanya berkaitan isu terbabit menerusi laman facebooknya, hari ini

Katanya, jika mahu tahu kaedah menyelamat diri daripada pendakwaan boleh lihat ‘katak’ yang kini selesa di seberang jalan atau boleh juga lihat kepada ‘belatuk’ yang kekenyangan dedak dalam sangkar serba baharu dan pesona.

“Walhal mereka sebenarnya telah gagal menjadikan UMNO sebagai perisai mempertahan jawatan dan kedudukan.”

Untuk kesekian kali Presiden UMNO menegaskan seperti berikut bahawa:

Para pemimpin UMNO wajib mempertahankan parti politik ini supaya tidak tersasar dari landasan rakyat.

Ia kerana UMNO sebuah parti politik milik rakyat. Sejak ditubuhkan UMNO dan rakyat berpisah tiada.

UMNO juga mendaulatkan dan mempertahankan institusi raja-raja Melayu sejak merdeka.

Pewaris UMNO tidak boleh menyimpang daripada falsafah dan semangat ini dengan apa jua alasan.

Pimpinan UMNO yang setia perlu tegas mempertahankan pendirian, agenda, maruah dan jati diri untuk parti, rakyat dan negara.

Suara akar umbi di Perhimpunan Agung UMNO kita terjemahkan.

Meskipun itu bermakna perlu berdepan dengan pendakwaan dan tekanan yang sangat hebat.

Ini bukan terjemahan tanpa fakta. Telah terbukti sejak 9 Mei 2018.

UMNO tidak boleh berpeluk tubuh menyaksikan hari demi hari ratusan rakyat gugur angkara kegagalan yang nyata.

UMNO tidak boleh berdiam diri melihat rakyat terus hidup dalam penderitaan dan kesengsaraan.

Perjuangan diteruskan. UMNO perlu bertindak. – UMNO Online

Berkaitan