Tidak Rasmi: BN Menang DUN Kuala Besut

PRK-Kuala-Besut-SK-Kampung-Nail

myKMU: Seperti dijangkakan ramai PRK DUN Kuala Besut kekal milik BN apabila keputusan tidak rasmi menunjukkan BN hampir pasti memperolehi kemenangan selesa berbanding keputusan PRU-13.

Menurut RBF Online angka majoriti kemenangan BN yang belum rasmi ialah 2,605 undi melebihi majoriti kemenangan 2,434 undi yang diperolehi BN pada PRU-13.

Sementara itu keputusan tidak rasmi bagi PDM Seberang Barat pula mencatatkan kemenangan majoriti 353 undi berpihak keada BN, peningkatan 43 undi berbanding majoriti kemenangan sebelumnya.

Jika semua angka itu betul atau hampir menepati keputusan rasmi bermakna ia satu peningkatan yang memberangsangkan meskipun jumlah keluar mengundi tidak sampai 80%.

Dari sudut lain, ia membuktikan PAS semakin kehilangan pengaruh dan taktikal strategi melantik Naib presiden PAS Husam Musa sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS adalah satu tindakan yang silap.

Apa pun keputusan rasminya kelak, yang pastinya Kuala Besut Bertambah Biru. Pengundi Kuala Besut lebih selesa menyerahkan amanah tok wakil mereka kepada Ore Mudo, Anok Ustaz & Professional.

* Guano mung Che Long, dah kalah tu jangan duk meroyan pulok deh.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here