Tidak salah jadi liberal, Mahfuz ingatkan PAS - pakdin.my

Kenyataan Mr Bean dan lain-lain pemimpin PAN, parti yang di dokong oleh DAP selari sama sahaja.

Asal menguntungkan politik ultra cauvinist Cina DAP mereka akan bangkit menyokongnya walaupun ianya boleh menjatuhkan maruah ummah.
…………..

Datuk Mahfuz Omar mengingatkan PAS agar tidak jumud sehingga mendakwa fahaman liberalisme mula dilazimi setelah Pakatan Harapan memerintah.

Naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata sikap liberal perlu ada khususnya sewaktu menjalinkan kerjasama dengan parti lain, lapor Sinar Harian.

“Istilah liberal tidak boleh disempitkan, harus ada liberal dan kita tak boleh terlalu jumud dalam hubungan antara parti lain,” kata wakil rakyat Pokok Sena.

“Saya Amanah, namun ada sikap liberal dalam kes tertentu, ia bukan satu kesalahan,” kata Mahfuz tanpa merujuk kepada mana-mana kes.

Bekas naib presiden PAS itu turut menegur sikap anggota parti itu yang menolak sumbangan Ramadan dari DAP dengan alasan pemberian parti bukan Islam.

“Dalam kawasan saya di Pokok Sena, ada surau tak mahu terima bantuan DAP, dalam isu ini, siapa lebih liberal?” soal timbalan menteri sumber manusia.

“Kita meletakkan konsep ‘rahmatan lil alamin’ merentasi kaum dalam membina negara, bukan seperti PAS-Umno yang menjurus kepada kepentingan politik.”

Mengulas lanjut, Mahfuz menyifatkan kerjasama kedua-dua parti itu sebagai “tragedi” dan bukan kemenangan PH seperti didakwa ketua Dewan Muslimat PAS semalam.

Menurutnya, maksud tragedi tidak harus merujuk kegagalan PH melunas janji manifesto sebaliknya Umno sebelum ini yang gagal membela nasib Kelantan dan Terengganu.

“Pemimpin PAS yang harus berfikir secara lebih matang dalam menzahirkan slogan parti itu, Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS),” kata beliau.

“Bukan gunakan sentimen pengaruhi rakyat atas kekurangan PAS-Umno, yang kini ahlinya mulai kurang berpuas hati atas kerjasama itu kerana ia bukan untuk selamatkan negara, sebaliknya selamatkan parti yang ditolak rakyat.”

UTAMAPOLITIKTidak salah jadi liberal, Mahfuz ingatkan PAS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium