33.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Tidak Salah Sebarkan Salah Laku Dera Demi Kebaikan – Mufti Kelantan


..

KOTA BHARU: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, adalah tidak salah untuk menyebarkan maklumat dan gambar mengenai salah laku seseorang jika ia demi kebaikan dan manfaat untuk masyarakat.

Beliau yang juga anggota Majlis Fatwa Ulama Kebangsaan dan Pengerusi Majlis Fatwa Negeri Kelantan berkata namun, pendedahan maklumat itu hendaklah dilakukan mengikut kehendak Islam supaya tidak menimbulkan fitnah kepada mana-mana pihak.

“Oleh itu, tindakan seorang wanita yang merakamkan gambar episod penderaan seorang ibu terhadap anak kandungnya selama tiga bulan di Petaling Jaya, adalah dibenarkan jika ia berniat baik,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Mohamad Shukri diminta mengulas kenyataan seorang wanita yang berniat untuk membongkar kejadian bayi didera oleh ibu kandungnya selama hampir tiga bulan, menjadi episod malang apabila ia disalah erti oleh sesetengah pihak yang menganggap perakam video itu tidak berhati perut.

Perakam video itu dan merupakan saksi kejadian yang ingin dikenali sebagai Shima, 32, menerima pelbagai tohmahan selepas video itu tersebar di media sosial.

Mohamad Shukri berkata, perbuatan itu bergantung kepada niat seseorang tetapihendaklah dilakukan dengan cara betul selagi tidak menjejaskan agama dan undang-undang.

“Dalam banyak hal, matlamat tidak boleh menghalalkan cara, ada hal-hal tertentu (yang dianggap muslihat) contohnya mendamaikan dua pihak yang bergaduh boleh diterima Islam,” katanya.

Ditanya mengenai hak kebebasan seseorang dalam mengambil tindakan, Mohamad Shukri berkata, kebebasan seseorang itu ada batas sempadannya sehingga tidak melanggar undang-undang dan peraturan dunia dan akhirat.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan