Tidak sukar cari jika ketua cabang sebar video bersemburit, kata SU Agung PKR

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata maklumat anggota parti itu tidak pernah didedahkan kepada mana-mana pihak.

Bagaimanapun beliau berkata maklumat setiap ahli parti itu tidak sukar diperoleh jika ada mana-mana pihak berkehendak untuk mendapatkannya dengan cara menghubungi individu dan mereka yang terbabit.

“Ia bukan satu rahsia untuk dimiliki oleh mana-mana pihak, sebagai setiausaha agung dan ketua pentadbiran di pejabat tidaklah menjadi kerja buat kami untuk menghebahkan maklumat parti kepada mana-mana pihak.

“Tentang nombor telefon dan alamat pemimpin parti dari peringkat nasional, negeri dan cabang sebenarnya bukanlah terlalu sukar untuk diperolehi pada pemilihan parti yang lepas misalnya apabila pemilihan calon yang bertanding, usaha untuk mengumpul data-data asas adalah satu ‘prasyarat’ dalam menggerakkan setiap jentera parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri PKR dan perjumpaan tertutup bersama pemimpin dan cabang PKR Sabah, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar serta pemimpin PKR negeri.

Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memaklumkan bahawa penyebaran video lucah membabitkan beliau (Mohamed Azmin) disebar menerusi kumpulan WhatsApp yang mempunyai nombor-nombor ketua cabang dan pemimpin peringkat bawahan PKR.

Mengulas mengenai pertemuan itu, beliau berkata presiden PKR meminta kepada anggota parti agar menjaga disiplin dan tidak tergesa-gesa mengambil pendirian terhadap isu yang melanda parti itu pada masa kini.

Beliau berkata PKR menolak permainan politik jijik dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk meneruskan siasatan berhubung isu yang mengaitkan Mohamed Azmin.

“Kita meminta beliau (Mohamed Azmin) tabah dan sabar menghadapi ujian ini,” katanya. — Bernama

https://pakdin.my/tag/bersemburit

Loading...

7 KOMEN

  1. Yg sebar dikecam…yg ahli semburit siap bukti video dilindungi…tp ye la dlm ph lgbt dilindungi…ini bermakna dlm ph mmg ramai kaki kunyit alias kaki semburit…weeekkk…meloyakan…

Comments are closed.