Tidak timbul isu tak dapat restu istana – EXCO Kedah - pakdin.my

Datuk Tajul Urus Mat Zain

Isu kumpulan pemimpin UMNO Kedah yang menentang Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang diuar-uar tidak mendapat restu pihak Istana Anak Bukit, tidak timbul khususnya dalam usaha mereka mendesak pertukaran Menteri Besar Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain, berkata ini kerana barisan Jemaah Pemangku Sultan Kedah sendiri sudah menegaskan bahawa mereka berkecuali dalam soal krisis politik yang melanda negeri ketika ini.

“Saya ingat tak timbul isu itu sebab pihak istana pun sudah keluarkan kenyataan mengenai isu ini dan mereka (Jemaah Pemangku Sultan Kedah) tidak memihak kepada mana-mana pihak.

“Cuma mereka (Jemaah Pemangku Sultan Kedah) minta memandangkan ia membabitkan rakyat dan mereka minta masalah ini diselesaikan dengan lebih berhemah dan saya rasa pucuk pimpinan parti sedang melakukan ke arah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perjumpaan Bersama Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan Berserta Jabatan Kerajaan, Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) dan Persatuan Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Paya Nahu I dan II di sini, sebentar tadi.

Mengulas ketidakhadiran beliau pada mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman, Tajul Urus berkata beliau mengambil tindakan berkecuali dalam soal itu.

“Apabila saya menandatangani surat bahawa tidak ada keyakinan terhadap Menteri Besar, saya tegas pada prinsip saya,” katanya.

Sementara itu, Tajul Urus turut menafikan majlis pelantikan Menteri Besar Kedah baharu akan diadakan hari ini (Khamis), namun tidak menolak kemungkinan akan diadakan dalam masa terdekat dan berkemungkinan minggu hadapan.

UTAMAPOLITIKTidak timbul isu tak dapat restu istana - EXCO Kedah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium