30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 13, 2021

Tidur di atas lantai boleh undang bahaya pada kesihatan

Apabila cuaca panas, ramai yang suka tidur di lantai kerana jubin lebih sejuk dan memberi kelegaan untuk tidur. Tetapi tahukah anda, tidur di atas lantai boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan?

Berikut adalah kesan negatif akibat tidur di lantai:

1. Gejala sakit punggung

Dalam satu kajian yang dilakukan kepada 313 orang dewasa, mendapati, permukaan keras pada lantai boleh meningkatkan rasa sakit pada punggung. Namun, ianya perlukan kajian yang lebih mendalam untuk mengetahui sebab ia terjadi.

2. Penyebab alahan

Lantai biasanya mempunyai debu dan kotoran yang paling banyak dari permukaan lain di dalam rumah. Permukaan lantai juga boleh menjadi tempat pengumpulan debu dan tungau.

Sekiranya tubuh anda sensitif atau alah terhadap debu maka, ia boleh menyebabkan badan menjadi gatal, anda kerap bersin, batuk dan sukar untuk bernafas.

3. Menyebabkan demam atau sakit

Permukaan lantai yang sejuk boleh menyebabkan risiko badan menjadi sakit dan demam lebih tinggi.

Sebenarnya, tidak menjadi masalah jika ingin sesekali tidur di atas lantai namun, jika dilakukan secara berterusan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Selain itu, orang-orang dalam kondisi tertentu juga tidak disarankan untuk tidur di atas lantai kerana mereka sangat mudah mengalami berbagai masalah kesihatan.

Kelompok tersebut adalah:

Warga emas atau orang lanjut usia

Bertambahnya usia, tulang cepat menjadi lemah, dan kita kehilangan banyak lemak. Ia boleh meningkatkan risiko patah tulang atau menurunkan suhu tubuh yang ekstrim ketika tidur di lantai.

Orang yang sensitif terhadap cuaca sejuk

Mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti anemia, diabetes jenis 2, dan hipotiroidisme sangat sensitif terhadap suhu sejuk.

Ketika tidur di lantai, mereka dengan kondisi tersebut akan mudah mengalami penurunan suhu badan sehingga mudah merasa dingin.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.