TIGA ADUN PKR BERTIKAM LIDAH ISU PENCEMARAN SUNGAI SEMENYIH - pakdin.my

SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kecoh apabila 3 wakil rakyat PKR bertikam lidah sesama sendiri berhubung isu pencemaran Sungai Semenyih.

Perdebatan berlaku apabila Elizabeth Wong (PKR-Bukit Lanjan) berang dengan soalan Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik) berhubung soalan tambahan mengenai pendekatan yang sepatutnya diambil kerajaan negeri bagi mengelakkan pencemaran di Sungai Semenyih berulang.

Wong yang merupakan exco pelancongan, alam sekitar, teknologi hijau dan hal ehwal pengguna negeri berkata, soalan tambahan Yaakob sudah dijawab pada sesi penggulungan semalam.

“Kota Anggerik sepatutnya berada dalam Dewan bila saya menggulung semalam. Mana Kota Anggerik? Tidak dengar pun apa yang kita sudah buat.

“Kita sudah pasang filter aluminium silikat tambahan bernilai RM1.2 juta. Hadir dalam Dewan kalau hendak dengar jawapan. Kalau tidak jangan hantar soalan,” katanya di DUN Selangor hari ini.

Jawapan Wong itu bagaimanapun tidak dapat memuaskan hati Yaakob dan Dr Xavier Jayakumar (PKR-Seri Andalas).

“Saya ingat exco pun jangan marahlah. Orang nak tanya soalan, jawab dengan baik-baik,” kata Xavier.

Wong bertegas soalan tambahan Yaakob itu sudah dijawab berulang kali dalam sesi penggulungan sebelum ini.

“Kita sudah jawab. Kerajaan negeri sudah jawab. Ini bukan sikap. Bila nak bawa isu nak masuk dalam perbahasan, hadir untuk dengar penggulungan untuk dengar jawapan. Saya jawab selama 45 minit. Kita jawab semua.

“Bukan tekanan. Kerajaan jawab ambil nota beri sedikit perhatian kita sediakan semua jawapan dalam sesi soal jawab semasa penggulungan, semua pegawai di sini tunggu dan beri jawapan yang tepat. Jawapan sudah diberi sejak hari ke-2 (sidang DUN berlangsung),” katanya.

Isnin lalu, Wong berkata, sebanyak 16 kes pencemaran dicatatkan di Selangor sepanjang tahun ini sehingga bulan lalu.

Untuk rekod, Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih terpaksa ditutup 8 kali, iaitu pada 22 hingga 24 September lalu dan 3, 23 serta 28 Oktober lalu ekoran pencemaran berkenaan.

Selain Semenyih, Sungai Langat juga tercemar sebanyak 7 kali dari Januari hingga Februari lalu sehingga menyebabkan LRA Langat terpaksa ditutup dan lebih sejuta pengguna di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang terjejas.

sungai-buah-2

UTAMABERITATIGA ADUN PKR BERTIKAM LIDAH ISU PENCEMARAN SUNGAI SEMENYIH

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium