Sunday, June 20, 2021

Tiga Beranak Maut Dalam Kemalangan Di Kilometer 92 Jalan Lipis-Merapoh Kuala Lipis (video)

Must Read

Kemalangan Di Kilometer 92 Jalan Lipis-Merapoh

Tiga beranak maut dalam nahas di Kilometer 92 Jalan Lipis-Merapoh Kuala Lipis, Pahang awal pagi tadi.

Nahas berlaku apabila Kenderaan Pelbagai Guna,MPV,mangsa bertembung dengan sebuah bas ekspres .

MANGSA NAHAS MAUT.
Nik Zainuddin Nik Mohamad, 58 tahun.
Wan Akma Lailee Wan Aziz, 54 tahun.
Nik Lyana Nik Zainuddin, 19 tahun

MANGSA CEDERA.
Ahmad Bahari Nik Zainuddin, 15 tahun.
Adnan Abdullah, 45 tahun.

Tiga beranak yang meninggal dunia ialah, Nik Zainuddin Nik Mohamad, Isterinya Wan Akma Lailee Wan Aziz dan anak perempuan mereka Nik Lyana.

Sementara anak lelaki mereka Ahmad Bahari parah.

Pemandu bas Adnan Abdullah turut cedera.

Mereka menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Abdul Razak Hassan berkata nahas berlaku jam 2.05 pagi sewaktu keluarga tersebut dalam perjalanan dari arah Kota Baharu, Kelantan menuju ibu negara.

MPV berkenaan dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas express dua tingkat.

Semua 43 penumpang bas dan seorang pembantu pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

 

- Advertisement -spot_img

Leave a Reply

- Advertisement -spot_img
Latest News

Polisi tutup Kelab “Fable” lantaran hendak buka pada tengah malam

Jakarta (ANTARA) - Petugas Direktorat Reserse Narkoba Polda Metro Jaya menegur dan menutup Kelab "Fable" yang berlokasi di kawasan...
- Advertisement -spot_img

More Articles Like This

- Advertisement -spot_img