Tiga biji durian RM1,000, KPDNHEP kompaun peniaga

GEORGE TOWN — Sebuah kedai durian di Jalan Macalister yang tular di media sosial kerana menjual tiga biji durian pada harga hampir RM1,000 dikompaun RM2,000 semalam kerana meletakkan tanda harga mengelirukan dan bukan dalam Bahasa Malaysia.

- Advertisement -

Timbalan Pengarah yang juga Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Chin Ching Chung berkata tindakan itu dikenakan terhadap dua pemilik kedai yang masing-masing berumur 42 dan 58 tahun.

“Susulan aduan yang kami terima mengatakan kedai berkenaan menjual tiga biji buah durian jenis Duri Hitam, Ochee dan D200 pada harga hampir RM1,000, sepasukan penguatkuasa kementerian telah pergi ke premis itu untuk menyiasat sama ada berlaku pencatutan atau sebaliknya,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Pemeriksaan ke atas invois-invois belian dan jualan, rekod jualan dan penyata kewangan kedai itu mendapati tiada unsur-unsur pencatutan berlaku di premis berkenaan.

“Bagaimanapun, kedai itu didapati meletakkan tanda harga yang mengelirukan dan tanda harga itu pula hanya dalam Bahasa Cina, sedangkan ia sepatutnya dibuat dalam Bahasa Malaysia,” katanya.

Chin menjelaskan tanda harga mengelirukan itu dibuat apabila peniaga-peniaga berkenaan hanya mempamerkan tanda harga di antara RM65 dan RM95 untuk sekilogram buah durian tanpa menyatakan dengan jelas caj yang sepatutnya dikenakan kepada pengguna.

“Penandaan harga sedemikian menimbulkan kekeliruan kepada pengguna dan boleh dimanipulasikan oleh pihak peniaga dan ini merupakan satu kesalahan yang boleh dikompaun di bawah Seksyen 12 (1) Akta Perlindungan Pengguna 1999,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 10 kompaun berjumlah RM1,500 telah dikeluarkan terhadap peniaga-peniaga durian sejak musim raja buah itu bermula dua bulan lepas.

Menurutnya tujuh daripada kompaun itu melibatkan kesalahan menggunakan alat timbang dan sukat tamat tempoh serta tiada cop KPDNHEP, manakala tiga lagi kerana peniaga durian tidak meletakkan tanda harga.

“Pihak kami akan meneruskan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan peniaga durian mematuhi peraturan dan pengguna tidak ditipu oleh mereka (peniaga),” katanya. —Bernama

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Laporan audit: 28 makanan kering luput lebih 1 tahun dibekal ke sekolah berasrama

Sebanyak 28 bahan makanan kering yang dibekalkan di bawah Program Bekalan Makanan Bermasak (BMB) di 13 sekolah berasrama didapati tidak mempunyai tarikh luput dan...

Laporan audit: 28 makanan kering luput lebih 1 tahun dibekal ke sekolah berasrama

Sebanyak 28 bahan makanan kering yang dibekalkan di bawah Program Bekalan Makanan Bermasak (BMB) di 13 sekolah berasrama didapati tidak mempunyai tarikh luput dan...

Kejayaan tukar speaker bukti Agong tepat dalam membuat keputusan

Ketika Agong membuat keputusan bahawa Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti lalu diangkat menjadi perdana menteri susulan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan ekoran perletakan jawatan Dr...

Individu hina tulisan Jawi tak layak jadi warganegara Malaysia

Individu yang menghayati dan mengamalkan prinsip kelima Rukun Negara – Kesopanan dan Kesusilaan – tidak akan sesekali menghina tulisan Jawi yang menjadi warisan negara. Pengerusi...

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Nasihat KKM kepada yang menjadikan sosej hidangan utama

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali. Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.