Tiga dikhuatiri maut runtuhan landasan konkrit MRT - pakdin.my

wpid-3maut-konkrit-mrt-runtuh-3.jpg

wpid-3maut-konkrit-mrt-runtuh-2.jpg

Tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh dikhuatiri maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Kota Damansara malam tadi.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), dalam satu kenyataan, menyatakan pekerja terbabit adalah Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.

“Usaha menyelamat masih berjalan dan pasukan tindakan kecemasan sedang bersedia di tempat kejadian,” menurut kenyataan itu.

Sebahagian landasan MRT itu terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah pada pukul 8.30 malam semasa kerja-kerja membina tembok sepanjang landasan itu berjalan. Landasan itu dibuat daripada 14 unit galang kotak sepanjang 38 meter.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid yang berada di tempat kejadian melahirkan kekesalan atas kejadian itu.

“Walaupun siasatan sedang dijalankan, MRT Corp akan bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden itu. Sebaik sahaja siasatan selesai, tindakan akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat, ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menggunakan kaedah “tunnelling” iaitu mengorek lubang di tepi runtuhan landasan konkrit di tapak itu bagi mengesan kedudukan mangsa yang tertimbus.

wpid-3maut-konkrit-mrt-runtuh-1.jpg

Beliau berkata, khidmat anjing pengesan dari unit K9 Bomba turut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat tiga pekerja Bangladesh itu yang dijangka berterusan sehingga awal pagi ini.

“Usaha sedang dijalankan menggunakan kaedah ‘tunnelling’ kerana konkrit berkenaan terlalu berat dan panjang untuk dialihkan,” katanya.

Katanya, semua 14 unit landasan itu adalah seberat 490 tan.

UTAMABERITATiga dikhuatiri maut runtuhan landasan konkrit MRT

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium