Tiga Ditahan Berhubung Dakwaan Ancaman Pengganas Di Jalan Alor - pakdin.my

jalan-alor

Polis menahan tiga individu susulan kononnya wujud ancaman pengganas di lokasi tertentu di ibu negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, mereka terdiri daripada seorang warga tempatan serta warga Indonesia dan Syria.

Noor Rashid berkata, kesemua mereka ditahan untuk membantu siasatan.

“Bukit Aman menghubungi pihak kedutaan Amerika Syarikat dan Australia mengenai tahap keselamatan di lokasi tertentu yang dikaitkan dengan kemungkinan berlaku serangan pengganas,” katanya kepada Bernama di sini.

Pada Khamis, kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia di sini dilapor telah mengeluarkan nasihat perjalanan tentang kemungkinan berlaku serangan pengganas di Jalan Alor dekat Bukit Bintang dan kawasan sekitarnya.

Noor Rashid menegaskan situasi keselamatan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang tentang keselamatan mereka.

“Saya telah mengarahkan anggota saya bertugas di lokasi berkenaan dan memantau sekiranya ada aktiviti mencurigakan,” kata Noor Rashid.

UTAMABERITATiga Ditahan Berhubung Dakwaan Ancaman Pengganas Di Jalan Alor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium