25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2020

Tiga Mangsa Nahas Pesawat Cessna Di Hulu Yam Selamat, Dua Cedera Teruk

Pasukan petugas memberikan bantuan kepada salah seorang mangsa nahas pesawat Cessna di Ulu Yam.
Pasukan petugas memberikan bantuan kepada salah seorang mangsa nahas pesawat Cessna di Ulu Yam.

Tiga mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat ringan di kawasan Ulu Yam di sini, petang Jumaat, ditemui selamat tetapi dua daripada mereka mengalami kecederaan teruk.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan perkara ini.

Saudara-mara mangsa datang ke Empangan Batu beramai-ramai untuk menenangkan ahli keluarga mangsa.

Dua ambulans yang membawa mangsa dilihat meninggalkan Empangan Batu pada pukul 7.56 pagi.

Mereka akan dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Sementara itu juruterbang pesawat Cessna 172 dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor (KPDS) yang terputus hubungan dengan menara kawalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebelum dilaporkan hilang berjaya menghubungi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk memaklumkan lokasi.


Juruterbang yang hanya dikenali sebagai Kapten Saiful, menyatakan bahawa beliau berada di kawasan bukit bertentangan dengan Empangan Batu.

Kapten Saiful juga sempat memaklumkan bahawa beliau tidak dapat mengesan dua lagi rakannya yang bersama dengannya dalam penerbangann latihan itu sebelum panggilannya kepada TUDM terputus dipercayai berpunca daripada kehabisan bateri telefon.

Kapten Saiful dan dua rakannya memulakan latihan penerbangan pada jam 4.50 petang, tidak dapat dihubungi melalui komunikasi radio oleh menara kawalan DCA pada pukul 5.15 petang Jumaat di kawasan sekitar Batu Caves dan Rawang.

Pesawat itu sepatutnya pulang ke Pangkalan Udara Kuala Lumpur dalam masa dua jam.

Operasi mencari dan menyelamat yang telah dijalankan sebaik mendapat maklumat pada petang Jumaat.

Berita Berkaitan

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...