Tiga Maut Dalam Kemalangan Di Tanjung Malim - pakdin.my

Gambar Hiasan

Tiga maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua lori dan sebuah kereta di km 114 Jalan Behrang-Slim River dekat Tanjung Malim awal Rabu.

Mereka yang maut ialah pemandu lori, Abu Bakar Saleh, 51, dan Koy Kay Huang, 34, serta seorang kelindan lori yang identitinya belum dikenalpasti.

Yang parah ialah pemandu kereta Abdul Aziz Anthony, 57, dan seorang wanita dipercayai isterinya yang hanya dikenali sebagai Sulistiawati, 40.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Othman Nayan berkata dalam kejadian pada pukul 3.40 pagi itu, lori yang dipandu Abu Bakar yang dalam perjalanan dari Behrang ke Tanjung Malim dikatakan bertembung dengan lori yang dipandu Koy dari arah bertentangan.

Abdul Aziz yang memandu kereta Perodua Viva dan mengekori lori Abu Bakar gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh belakang lori itu, katanya ketika dihubungi di sini.

UTAMABERITATiga Maut Dalam Kemalangan Di Tanjung Malim

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium