Tiga maut, dua parah nahas kereta dan lori di Kuala Kubu Bharu - pakdin.my

 

kemalangan-kereta-lori-kuala-kubu-bharu-1

HULU SELANGOR 20 Mei – Tiga orang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta yang bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 7.9, Jalan Hamzah di Kuala Kubu Bahru di sini hari ini.

Kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta di jambatan Sungai Rening, Rasa, di Kuala Kubu Bharu, Selangor pagi tadi.

Ketua balai bomba Kuala Kubu Bharu, Noorazhar Tajudin berkata, punca kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda Civic yang dipandu dari arah Rasa ke Kuala Kubu Bharu, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

Dua maut, tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kereta di jambatan Sungai Rening, Rasa, di Kuala Kubu Bharu, Selangor pagi tadi.

Ketua balai bomba Kuala Kubu Bharu, Noorazhar Tajudin berkata, punca kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda Civic yang dipandu, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

– See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Dua_Maut_Tiga_Parah_Kemalangan_Babitkan_Lori_Kereta.html#sthash.qh4ROH17.dpuf

Mereka yang maut ialah pemandu Civic, Muhammad Hilal Mohd. Isa, 19; penumpang sebelahnya, Omar Hamzah Zulkifli, 19, dan penumpang belakang, Muhammad Addin Firdaus Rashidi, 19.

Muhammad Addin Firdaus Rashidi yang kritikal, disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian setelah dimasukkan ke Hospital Kuala Kubu Bahru.

Semua mangsa berusia 19 tahun dan hari ini merupakan hari ulangtahun ke 19 Muhammad Addin Firdaus.

Dua yang parah ialah pemandu lori, N. Sivasalagaram, 34, dan seorang lagi penumpang belakang Civic, Mohamad Nazren Kamisan, 27.

kemalangan-kereta-lori-kuala-kubu-bharu-3 kemalangan-kereta-lori-kuala-kubu-bharu-2

Tiga rakan karib maut
Keadaan kereta Honda Civic dinaiki mangsa remuk akibat dirempuh lori
Keadaan kereta Honda Civic dinaiki mangsa remuk akibat dirempuh lori

KUALA KUBU BHARU – “Rupanya mereka best friends sampai mati,” demikian luahan sebak Rohani Zaini, 50, ibu kepada Omar Hamzah Zulkifli, 19, yang maut bersama tiga rakannya dalam kemalangan ngeri di sini, pagi semalam.

Rohani yang ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) kelihatan tabah sambil memeluk ibu kepada seorang lagi rakan anaknya yang maut, Fauziah Ismail, 47.

Menurut Rohani, arwah anaknya yang menuntut di Pusat Sains Asasi Universiti Malaya dalam perjalanan bersama tiga rakan karibnya ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu untuk mengambil sijil peperiksaan dan berhasrat meraikan sambutan Hari Guru di sana.

“Anak saya naik komuter dari Sungai Buloh ke Rawang dan di sana rakannya menunggu untuk sama-sama ke maktab.

Muhammad Hilal
Muhammad Hilal

“Tapi, saya terima panggilan telefon mengatakan anak saya terbabit dalam kemalangan berdekatan dengan maktab,” katanya.

Menurutnya, arwah anaknya yang bakal melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan bermula September ini turut merancang membuat kejutan sambutan Hari Guru kepada guru mereka di MRSM.

Bagaimanapun, dia sedih kerana kejutan itu bertukar tragedi yang memilukan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kemalangan tersebut melibatkan pertembungan dua kenderaan yang dinaiki empat sekawan bersama sebuah lori.

Menurutnya, kejadian berlaku di Kilometer 7.9, Jalan Hamzah di sini kira-kira jam 10.50 pagi.

Omar hamzah
Omar hamzah

“Kereta Honda Civic dinaiki kesemua mangsa yang dalam perjalanan dari arah Rasa menghala Kuala Kubu Bharu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu berlanggar dengan lori.

“Mangsa yang maut ialah Muhammad Hilal Mohd Isa, Omar Hamzah dan Muhammad Addin Firdaus Rashidi manakala Mohamad Nazren Kamisan cedera parah,” katanya.

Norel Azmi berkata, semua mangsa maut berusia 19 tahun manakala pemandu lori terbabit, N Sivasalagaram, 34, turut cedera parah dan dirawat di hospital sama.

Dalam pada itu, ibu kepada arwah Muhammad Addin Firdaus, Fauziah Ismail, 47, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada seorang guru kira-kira jam 2.45 petang semalam dan memaklumkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, ketika itu dia sedang memasak dan tidak menyangka kejadian malang itu menimpa anaknya yang turut meragut rakan sekelasnya dulu.

“Makcik rasa macam tak sangka dia pergi, rasa macam belum puas tengok dia senyum, rasa ruginya tak layan dia betul-betul. “Makcik rancang nak tunggu abang dan adik-adik dia bercuti sama-sama di Pulau Pangkor masa cuti sekolah minggu depan. Dia anak yang baik dan insya-ALLAH syurga tempatnya,” katanya menahan sebak.

Fauziah berkata, sejak kebelakangan ini, anak keduanya dari enam beradik itu rajin solat Tahajud dan sangat mengambil berat tentang pelajaran.

Menurutnya, arwah anaknya itu juga dilihat sering memuat naik status dalam laman Facebook mengenai penerimaannya terhadap segala ketentuan ALLAH SWT berhubung peluang kerjayanya atau melanjutkan pelajaran.

UTAMABERITATiga maut, dua parah nahas kereta dan lori di Kuala Kubu Bharu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium