Mereka yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu ialah Napisah Abas, 52; Rofiā€™ih Modi, 55; dan seorang lagi mangsa yang belum diketahui identitinya.

Kesemua mangsa yang terbunuh adalah pemandu dan penumpang yang menaiki kereta Perodua Kancil.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden R. Supramaniam berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Audi Q7 yang datang dari arah Rasa menghala ke Bukit Beruntung cuba untuk memotong kenderaan di hadapan sebelum bertembung deĀ­ngan kereta yang dinaiki ketiga-tiga mangsa.

Menurutnya, akibat pertembuĀ­ngan itu, kereta dinaiki ketiga-tiga mangsa telah melambung ke atas kereta Toyota Corolla yang berada di belakang.

ā€œKetiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lelaki warga asing cedera parah dan lima lagi mangsa termasuk pemandu Audi Q7 hanya cedera ringan,ā€ katanya di sini hari ini.

Supramaniam memberitahu, pemandu Audi Q7 akan ditahan untuk siasatan dan ujian air kencing dilakukan.

ā€œKes disiasat mengikut SekĀ­syen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,ā€ ujarnya.