Tiga Maut Nahas 3 Kenderaan Di Terengganu (video) - pakdin.my

Tiga Maut Nahas 3 Kenderaan Terengganu

Tiga maut setelah kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Km29, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu, berhampiran Kampung Sungai Ikan hari ini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu ASP Abdullah Ahmad berkata kejadian pukul 10 pagi itu meragut dua nyawa, pemandu dan penumpang di dalam Perodua Myvi, seorang di dalam Proton Waja manakala pemandu dan penumpang sebuah Toyota MPV selamat.

Abdullah berkata mangsa yang maut ialah Sajunairi Nafi, 31, berasal dari Pasir Putih, Kelantan; Amin Mohamad, 31, dari Bandar Permaisuri, Setiu manakala seorang lagi mangsa Hamdah Amit masih belum dikenal pasti identiti sepenuhnya.

Difahamkan, kereta Proton Waja dan Toyota MPV terbabit dalam perjalanan menghala ke Setiu manakala Perodua Myvi dari arah bertentangan.

“Berdasarkan barangan seperti beg pakaian dan bantal yang tercampak keluar, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang sempena cuti Tahun Baharu Cina,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu TimbalanPenguasa Kamarul Bieza Mohd Kassim berkata 20 anggota bomba terbabit dalam operasi menyelamat.

Kamarul berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk hadapan dan belakang kereta.

“Masa kita sampai, kita lihat ada mangsa yang tercampak keluar sejauh 10m dari kenderaan dan ada juga mangsa tersepit dan bomba terpaksa menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mereka,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

 

UTAMAGAYA HIDUPAGAMATiga Maut Nahas 3 Kenderaan Di Terengganu (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium