Tiga Parah Akibat Bas Hilang Kawalan Berdekatan Plaza Tol Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan - pakdin.my

kemalangan-bas-berdekatan-plaza-tol-batu3

SHAH ALAM: Tiga orang cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas henti-henti dengan empat kenderaan termasuk sebuah motosikal di KM16.1 Lebuhraya Persekutuan berdekatan Plaza Tol Batu Tiga di sini pagi Khamis.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, bas yang membawa 15 penumpang dari Klang ke Kuala Lumpur dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan pada laluan yang sama sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh besi penghadang jalan.

Bas henti-henti yang hilang kawalan dan merempuh beberapa buah kereta dan motosikal di Shah Alam pagi Khamis.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, DSP Goh Lee Shen berkata bas berkenaan dipercayai hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan sehingga melanggar tiga kenderaan iaitu masing-masing sebuah Proton Wira, Toyota Camry dan Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan.

Katanya, bas itu kemudiannya merempuh satu lagi besi penghadang jalan di laluan motosikal dan melanggar sebuah motosikal yang sedang melalui laluan berkenaan sebelum terbabas ke kawasan berumput.

Pemandu sebuah kereta mengalami kecederaan selepas kenderaannya dirempuh bas yang hilang kawalan

“Tiga mangsa mengalami kecederaan ialah penunggang motosikal, pemandu Proton Wira dan seorang penumpang bas,” katanya.

Goh berkata kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati lalu lintas di kedua-dua arah mengalami kesesakan teruk sepanjang dua kilometer sehingga kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Sebuah kereta yang remuk dirempuh

 

UTAMABERITATiga Parah Akibat Bas Hilang Kawalan Berdekatan Plaza Tol Batu Tiga, Lebuhraya...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium