Tiga penumpang maut dalam kemalangan bas ekspres di Bukit Tagar - pakdin.my

maut bukit tagar bus express

Gambar http://ondscene.my/terkini/3-maut-kemalangan-bas-ekspress
Gambar http://ondscene.my/terkini/3-maut-kemalangan-bas-ekspress

HULU SELANGOR – Tiga maut dan seorang parah apabila sebuah bas ekspres yang membawa 16 penumpang terbabas dan melanggar besi pembahagi lebuh raya di Kilometer 420 Lebuh Raya Utara Selatan, arah Ipoh, jam 3.10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, bas yang dalam perjalanan daripada Skudai, Johor ke Sungai Nibong, Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan ketika melalui kawasan berdekatan susur keluar Plaza Tol Bukit Tagar sebelum terbabit dalam kemalangan ngeri itu.

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu mengawal kenderaan yang dipercayai dipandu laju dan melanggar besi pembahagi jalan lalu menembusi ruang dalam bas.

“Kejadian itu mengakibatkan tiga orang penumpang meninggal dunia di mana dua daripadanya lelaki dan seorang perempuan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Zamri Abd Rani, 42, yang berasal daripada Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang, maut bukit tagar bus express2Kedah dan Mohd Ainul Fauzi Mohd Aman, 25, daripada Simpang Renggam, Johor, manakala mangsa wanita dikenal pasti sebagai Intan Berliana Hutagalung, 34, berasal dari Bandung, Indonesia.

Menurutnya, semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat namun sehingga petang semalam belum ada waris yang datang menuntut jenazah mangsa.

Sementara itu, katanya pemandu bas yang parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan manakala 13 penumpang lain sebahagiannya hanya mengalami cedera ringan.

Tambah beliau, keadaan jalan di lokasi kejadian sedikit berselekoh namun cuaca baik ketika kejadian berlaku.

Katanya, siasatan dijalankan oleh Pegawai Penyiasat, Inspektor Maszaliza Ibrahim di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Komander Operasi, Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Shamsul Majidi Hassan berkata, dua penumpang bas yang maut tersepit di tempat duduk penumpang akibat terkena besi pembahagi lebuh raya yang menembusi ruang dalam bas, manakala seorang lagi tercampak keluar melalui cermin depan.

“Anggota bomba terpaksa merenggangkan kedudukan besi yang menyekat dua mangsa di dalam bas sebelum dibawa keluar.

“Kedua-dua mangsa ini duduk berdekatan iaitu depan dan belakang,” katanya.

UTAMABERITATiga penumpang maut dalam kemalangan bas ekspres di Bukit Tagar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium