Tiga remaja lemas di air terjun Lubuk Jepun, Batu 16 Gombak

KUALA LUMPUR – Tiga rakan ditemukan lemas di Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16 di sini hari ini.

Mangsa yang maut ialah Muhammad Abdullah, 22, yang merupakan penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd. Sazwan Rahim, 27, (pelajar Universiti Sains Islam Malaysia) dan Azrul Hisyam Azman, 27, (bekas pelajar UIAM).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.41 pagi dan tiba di lokasi pukul 11.36 pagi.

“Ketiga-tiga mayat itu dibawa naik oleh orang awam. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat,” katanya di sini hari ini.

20161003-3-lemas-lubuk-jepun-gombak

Berkaitan

14 COMMENTS

Leave a Reply

Terkini

Popular