Tiga Remaja Mangsa Mercun Bola - pakdin.my

mangsa-mercun-bola-2013

Tiga remaja di Kuala Terengganu, menjadi mangsa terbaharu permainan mercun.

Dua daripada mangsa cedera di bahagian muka dan mata, selain melecur bahagian badan terkena letupan mercun bola.

Kejadian berlaku di Jalan Kenanga, Batu Buruk, Kuala Terengganu, jam 5 petang semalam.

Muhammad Arfan Ammar Zainuddin 13, Saeed Alway 14, dan Muhammad Thaqif Azmi, 12 tahun, dipercayai bermain mercun bola.

Ketika kejadian, Muhammad Thaqif dipercayai membakar beberapa biji mercun bola yang diletakkan di dalam plastik.

Muhammad Arfan Ammar dan Saeed cedera di bahagian muka, mata dan badan selepas tidak sempat melarikan diri sebelum mercun itu meletup.

Mereka kemudian dikejarkan penduduk kampung ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dan dirawat di unit kebakaran.

Saeed dilaporkan akan menjalani pembedahan mata kirinya bagi mengeluarkan serpihan letupan mercun.

Manakala, Muhammad Thaqif dirawat sebagai pesakit luar.

Sebelum ini dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Baling menjadi mangsa pertama mercun buatan sendiri di Kedah pada hari pertama umat Islam berpuasa.

 

UTAMABERITATiga Remaja Mangsa Mercun Bola

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium