Video: Tiga Sahabat Maut Terbabas & Langgar Pembahagi Jalan Di Shah Alam - pakdin.my

 

Tiga sahabat maut apabila kereta yang dinaiki terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Shah Alam, Selangor awal pagi tadi.

Kemalangan pukul 5.15 pagi itu juga menyebabkan seorang lagi rakan mereka cedera ringan.

Kemalangan berlaku di kilometer 14.5 lebuh raya Persekutuan dari Shah Alam menghala ke ibu negara.

Kesemua mangsa yang berusia 18 tahun dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menonton wayang.

Kereta Perodua Viva yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Akibat rempuhan kuat, keempat-empat mangsa tercampak keluar dari kereta.

Jentera bomba dan penyelamat dari Shah Alam segera dikejarkan ke tempat kejadian.

Tiga mangsa yang maut ialah pemandu kereta, Adam Abdul Rahman, berasal dari Muar dan dua lagi penumpang, Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan.

Manakala Nurfarina Mokhtar yang duduk di bahagian penumpang hadapan cedera ringan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai nahas diminta menghubungi balai polis trafik Shah Alam untuk membantu siasatan.

Inspektor Muhamad Abdul Hafiz Sarie, Tel: 03-5510 2222

Tiga-Sahabat-Maut-Terbabas-Di-Shah-Alam

UTAMABERITAVideo: Tiga Sahabat Maut Terbabas & Langgar Pembahagi Jalan Di Shah Alam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium