Tiga Sekeluarga Maut Nahas Jalan Raya Rompin - pakdin.my

3 sekeluarga-maut-nahas-jalanraya

Tiga maut manakala tiga lagi parah selepas kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki enam sekeluarga itu bertembung dengan sebuah lori di Jalan Shah Bandar Keratong 3, Bandar Tun Razak dekat Rompin petang Selasa.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta, Nor Hafizah Md Nor, 27, dari FELDA Keratong 5, ibunya Joharia Darus, 65, (penumpang belakang) dan anak saudara pemandu, Muhammad Farish Ashraf Mohd Faizul, 3, (penumpang belakang).

Sementara, mangsa yang cedera parah ialah adik Nor Hafizah iaitu Norizati Md Nor, 26, (penumpang hadapan) dan dua lagi anak saudara pemandu iaitu Muhammad Affar Firdaus Mohd Zaidi, tiga, serta adiknya Muhammad Aflan Arif Mohd Zaidi, dua tahun.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang DSP, Mohd Noor Yusof Ali berkata pemandu lori berkenaan, Mohd Nur Faizani, 33, hanya cedera ringan.

“Nahas 4.15 petang itu berlaku semasa enam sekeluarga itu dalam perjalanan dari arah Bandar Tun Razak menuju ke Keratong 5.

“Akibat perlanggaran, kereta yang dinaiki mangsa berpusing dan terbabas ke bahu kanan jalan manakala lori tersebut berhenti di tengah-tengah jalan,” katanya kepada BERNAMA.

Beliau berkata tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat.

Katanya, Norizati dihantar ke Hospital Segamat, manakala dua lagi mangsa yang parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan lanjut.

UTAMABERITATiga Sekeluarga Maut Nahas Jalan Raya Rompin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium