Tiga suspek di tahan kerana menghina Sultan Muhammad V di media sosial - pakdin.my

Kenyataan media Ketua Polis Negara:

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menerima beberapa laporan polis berhubung tindakan pemilik-pemilik akaun di media sosial yang memuat naik komen-komen berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong XV

2. Ekoran itu, tiga individu berikut telah ditahan pada 8 januari 2019 bagi membantu siasatan

2.1 Eric Liew Ling(pemilik akaun Facebook Eric Liew)
2.2 Azham Akhtar Bin Abdullah (pemilik akaun Twitter @azhamakhtar), dan
2.3 Nur Alia Binti Astaman (pemilik akaun Twitter @aliaastaman)

3. Ketiga-tiga individu tersebut disiasat di bawah seksyen 4(1) akta hasutan 1948.

4. Masyarakat dinasihatkan untuk menggunakan medium laman sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat provokatif atau memanipulasi isu peletakan jawatan Yang Di-Pertuan Agong XV sehingga mampu menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi DiRaja negara ini.

Tan Sri Dato Sri Mohamad Fuzi Bin Harun
Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia

UTAMABERITATiga suspek di tahan kerana menghina Sultan Muhammad V di media sosial

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium